Nafi terima sumbangan RM20 juta setiap tahun, Nadir Al-Nuri jawab soalan Ebit Lew Skip to main content

Nafi terima sumbangan RM20 juta setiap tahun, Nadir Al-Nuri jawab soalan Ebit Lew

Sewaktu sidang media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaannya di Gaza tempoh hari, beliau turut mengajukan soalan berkenaan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setahun kepada Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri

Berikutan itu, pihak Cinta Gaza Malaysia mengadakan sesi siaran langsung Townhall CGM di Facebook dan menjemput saudara Nadir bagi memberi penjelasan tentang persoalan tersebut.

“Tuduhan itu adalah palsu”

Jelas Nadir, beliau menafikan kenyataan CGM menerima sumbangan sebanyak RM20 juta pada setiap tahun seperti yang dilontarkan oleh segelintir pihak

Malah jika betul CGM menerima RM20 juta, 3% sahaja akan digunakan untuk diberi kepada staf yang berada di bumi Gaza dan Malaysia.

“Orang tuduh kita ambil percent yang tinggi tapi alhamdulillah anda sendiri boleh tengok berapa kami ambil hanya 3 peratus (management charge) sahaja. Sebenarnya tak ada lah kami dapat 20 juta setahun. Itu adalah palsu.

“RM20 juta itu bukannya disumbangkan setiap tahun. Tapi kita tak ambil gaji banyak. Jadi tuduhan itu adalah sangat-sangat tidak baik seolah-olah kita dapat duit yang begitu banyak. Tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa,” katanya.

3% sahaja untuk staf & duit turut diuruskan oleh rakan2 NGO anak muda

Nadir turut menegaskan bahawa pihak CGM tidak mengambil gaji puluhan ribu ringgit dan hanya cukup-cukup untuk hidup dalam keadaan sederhana.

“Tuduhan RM20 juta itu adalah satu tuduhan yang sangat salah, dan saya tak salahkan sesiapa kerana ia adalah tuduhan yang dilandaskan daripada kejahilan tentang sesuatu tempat,” ujarnya.

Selain itu, duit sumbangan RM20 juta itu tidak diuruskan oleh CGM sahaja tetapi ia dikutip oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda yang telah berpuluh tahun berkhidmat dalam kerja kebajikan

Di samping itu, beliau turut mengalukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan menjadi tanggungjawab untuk mendedahkan di mana sumbangan tersebut disalurkan agar semua aktiviti kebajikan dilakukan dengan telus dan amanah.

Terdahulu, nama Nadir ‘dipetik’ ketika sidang media Ebit Lew berkenaan pertanyaan kemana duit sumbangan bernilai RM20 juta tersebut.

Nadir memaklumkan yang beliau akan menjawab persoalan yang dilemparkan Ebit Lew dalam masa terdekat, dan nampaknya ia sudah pun terjawab hari ini.

Tonton video penuh di sini.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a