Baru-baru ini, pelakon kontroversi Nia Ramadhani dan suaminya telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan syabu. Penahanan pasangan berprofil tinggi itu bukan sahaja kecoh di Indonesia, malah juga mengejutkan peminat di Malaysia.
Kronologi terkait bahan terlarang…polis berjaya sita sepeket syabu & bong di rumah
Menyorot kronologi dilapor Tribunnews, terdahulu pihak polis menerima aduan bahawa seorang selebriti sering menyalah guna bahan terlarang. Ketika menyiasat pemandu peribadinya, sepeket bahan dipercayai syabu telah ditemui. Pihak berkuasa kemudiannya melakukan penggeledahan di rumah Nia Ramadhani dan berjaya menyita sebuah ‘bong’ iaitu alat yang sering diguna untuk melepaskan gian.
Ujian air kencing dapati Nia Ramadhani sudah lama hisap…sekitar 4-5 bulan lepas
Ketika ditahan di Balai Polis Jakpus, antara pengakuan awal suspek adalah suaminya, Ardi Bakrie juga sering mengambil bahan terlarang bersama-sama. Dalam sidang media terbaru, pihak polis mengesahkan bahawa ujian air kencing kedua-duanya positif jenis methaphetamine. Justeru, Nia Ramadhani didakwa sudah lama menghisap syabu iaitu sejak 4 hingga 5 bulan lalu.
Bakal berdepan penjara 4 tahun…polis giat kesan pengedar hingga ke akar umbi Susulan itu pihak polis kini giat mengesan pihak yang mengedarkan bahan tersebut, sekali gus mahu bongkarkan bagaimana ia diseludup masuk ke Indonesia. Pasangan terbabit juga bakal berdepan hukuman penjara 4 tahun, namun siasatan masih di peringkat awal.
Sumber: viralnesupdates
Comments
Post a Comment