Kehamilan adalah fasa dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Justeru, si ibu pasti melakukan penjagaan dengan lebih rapi untuk memastikan semua dalam keadaan sihat dan selamat.
Selain menjaga makan minum dan bersenam, ada juga para ibu melakukan aktiviti kerohanian dengan mendengar alunan ayat suci al-Quran seperti dilakukan oleh seorang wanita di Indonesia ini.

@hajahhhh123 Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamil 😇 subhanallah kekuatan al-Quran 💞#alquran #surahyusuf #surahmaryam
♬ Surah Yusuf • سورة يُوسُف - Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz
Selepas melahirkan Hujjatul Haq AL Karimiy pada Februari lalu, wanita berusia 21 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila anaknya itu dikurniakan wajah yang disifatkan ‘tampan’.
“Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamil. Subhanallah kekuatan al-Quran,” tulisnya ringkas.
Video pendek berdurasi 20 saat itu memaparkan wajah anaknya yang ‘kacak’, putih mulus serta pipi kemerahan sehingga menarik perhatian warganet untuk ditonton lebih 9.3 juta kali.
Di ruangan komen, rata-rata memuji kebesaran Allah SWT selain mengakui tidak jemu mata memandang kecomelan Hujjatul Haq yang dipanggil sebagai Dede AL itu.
‘Good looking’ sejak embrio!
Bagaimanapun, lain pula komen diterima di posting Instagram @insta_julid dimana segelintir individu menegaskan bahawa niat membaca al-Quran hanya untuk Allah SWT dan bukannya demi mendapatkan cahaya mata yang comel.
Wajah terkini Dede AL, berusia 5 bulan
@hajahhhh123 Liat sampe akhir yah😂 #babylucu #babygemoyyyyy
♬ suara asli - Hajahh S
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment