Ramai Mohon Bantuan ‘Pampers’ Anak, Balkisyh Semundur Cadang Pakai Lampin Kain Saja Skip to main content

Ramai Mohon Bantuan ‘Pampers’ Anak, Balkisyh Semundur Cadang Pakai Lampin Kain Saja

Sejak pelaksanaan PKP, semakin ramai golongan terjejas yang kehilangan sumber pendapatan sehingga memaksa mereka memohon bantuan orang ramai.

Di antara bantuan yang selalu diminta adalah keperluan asas makanan, namun ada juga yang memerlukan barangan untuk anak kecil seperti susu dan lampin pakai buang.

Mengulas isu tersebut, pelakon terkenal Balkisyh Semundur Khan mendedahkan ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka.

Walau bagaumanapun, Balkisyh memberitahu dia dan badan kebajikan atau pertubuhan badan kerajaan (NGO) tidak dapat membekalkan lampin itu secukupnya kerana ramai yang memerlukan bantuan

“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan ‘pampers’ untuk anak-anak mereka sejak saya upload di IG baru-baru ini.

“Saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO.. Alhamdulillah ada di antara mereka yg telah dibantu..

“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan ‘pampers’ ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yang memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas..

“Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas & makanan,” katanya.

Balkisyh yang popular dengan drama Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, Balkisyh mencadangkan agar mereka yang memerlukan cuba belajar untuk menggunakan lampin kain atau napkin yang dibasuh dan dipakai kembali selepas dibersihkan seperti yang biasa digunakan pada zaman dahulu.

“Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin..

“Memang zaman skarang ia dianggap remeh & kotor tapi masa kecil saya pun guna napkin ni..Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-adik saya hingga yang bongsu pun guna napkin.

“Kalau saya ade baby pon, saya sendiri akan buat kaedah ini supaya dapat saving memandangkan saya pun dah hilang pendapatan..Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan saya boleh terus melangsungkan kehidupan yang tak tahu sampai bila boleh bertahan..

“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih serta pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik,” katanya.

Terdahulu Balkisyh ada berkongsi satu muatnaik tentang isu pampers Mamy Poko di laman Instagram miliknya.

“Ini pandangan sy berkenaan isu pampers mommy poko..untuk membaca lanjut, sila swipe ke kanan.

“Apa pon sama2lah kita membantu & ikhlaskanlah diri..sopani mereka semua wlupon kdg2 ianya menyakitkan hati kita.

“Pernah dengar psal cerita pampers ini?? Sy pernah komen & dikecam psal msej nie diu..anda mgkin boleh kutuk & kecam pemilik msej nie..tp kita tak tahu keadaan dia yg dim tekanan..

“Mungkin dia memang daripada golongan M40 sebelom ini..& tiba2 terus jd B40 skarang..dia mgkin tak boleh trima kenyataan..

“Sy ada ramai kawan drp M40 skarang dah jd B40..mereka hdup dalam keadaan tekanan..bisnes lingkup & hutang keliling pinggang..

“Dan mereka masih tak boleh trima kenyataan dgn khidupan yg tiba2 berubah dim sekelip mata..

“Sy juga pernah dapat dm yg anak2 dia teringin nk makan pizza, anak2 dia nk minum susu jenama yg mahal sbb tak boleh minum susu biasa & macam2 lagi..

“Ada juga yg kata sy sombong & kedekut sbb tak nak tolong mereka..tp sy tak pernah upload di media sosial..sy hanya jawab sy akan usaha utk bagi maklumat mereka kpd pihak yg lebih berkenaan..

“Kita amik yg positif shaja, sbb smua org dim tekanan skarang nie..sy sndri pon dlam keadaan tertekan sbb sy dah takde punca pendapatan..duit yg ada tak tahu boleh bertahan smpi bila…

“Ramai orang dlam keadaan susah & tekanan skarang..pd sy tak perlu anda upload apa yg dia minta & bg tekanan Ig pd mereka..klu tak boleh bagi, jawablah baik2 tak boleh..

“Janganlah anda hebahkan di media sosial & ckp mereka demand.. pernah tak anda bygkan keadaan org to mcm mana & bygkan jika anda berada di tempat mereka..

“Perbualan anda dihebahkan di media sosial smpi anda rasa malu & jadi lagi tekanan..klu perkara ini terjadi pada anda, dah tentu anda sndri yg melenting smpi tak ingat dunia..

“Saya pernah pegi hntar bantuan dekat org2 yg memerlukan..tapi sy ttup muka si penerima..feedback customer utk produk2 yg sy jual sy pon sy tutup muka mereka (kcuali kawan2 sy)..sbb pd sy itu adalah privacy mereka..

“Tahun lepas allah bagi rezeki sbb sy dpt byk job setelah skian lama sy hdup struggle..tapi apakan daya disebabkan oleh pandemik & PKP, job-job tersebut telah dibatalkan..

“Tahun ini pon tak payah cakaplaa ..bg orang2 mcm sy nie, nilai job yg dpt to ckuplah untuk bayar hutang2 yg ada..

“Sekarang nie sy hanyalah bertahan guna apa yg ada sahaja & simpanan pn tak byk..sy stuju dgn kempen bendera putih..kita klu berdoa sahaja & tak berusaha tak akan jadi apa..

“Tak akan ada bantuan makanan yg jatuh drp langit..cara ini mgkin boleh membantu mereka yg amat memerlukan, dimana mmg ada individu yg mempunyai perasaan malu untuk meminta2 drp org lain..tetapi jgnlah dipolitikkan benda ini..

“Anda pernah dengar peribahasa “biar mati emak, jangan mati anak”..Inilah yg mungkin terjadi pd pemilik mesej ini..

“Sebelom ini mgkin dia hdup dalam suasana kayangan..dia terlalu sygkan anak dia sbb to dia manjakan anak dia smpi umur 5 tahun masih guna pampers..

“Selalunya org yg ada byak duit akan bg apa sahaja pd anak dia..tp disebabkan pandemik & PKP ini, bisnes dia jatuh teruk..

“Jadi dia terpaksa tebalkan muka utk minta bantuan tapi dia nak pastikan yg anak dia rasa selesa & tak rasa susah..

“Kita berdoalah yg baik2 supaya mereka kena sentiasa rasa bersyukur, boleh menerima teguran org dgn hati yg terbuka & menerima hakikat..

“Kalau anda nk kecam sy pasal apa yg sy tulis nie pon sy tak kisah..ini hanyalah pandangan peribadi sy..

“Pendapat kita masing2 berbeza..smua org skang hdup dalam tekanan..kerja dah x de, duit dah takde, PKP ntah sampai bila & kes masih tak turun2..smoga allah permudahkan urusan kita semua..

“Masa skarang, kita nie semua dah sama level balk T20, M40 & B40..Semua ada rasa takot & kegelisahan sbb punca pendapatan kita mmg terjejas terok..

“Tapi janganlah kita berbalah sama2 kita br Z..Tanamkanlah sifat ikhlas & jagalah aib si peminta atau si penerima..amin..”

Sumber: yoy

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M