Sultan Brunei Pelopor Penggunaan ‘Vaksin Ketuhanan’ Untuk Lawan Covid-19 Skip to main content

Sultan Brunei Pelopor Penggunaan ‘Vaksin Ketuhanan’ Untuk Lawan Covid-19

Sebut sahaja mengenai negara jiran Brunei Darussalam, pasti teringat akan kejayaan pemerintah dan rakyatnya yang sudah lebih setahun bebas daripada kes jangkitan tempatan Covid-19.

Terbaru, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) Brunei menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ atau ‘The King Of Brunei Pioneer In The Use Of Divine Vaccine’, semalam

Menurut laporan media Brunei iaitu Media Permata, buku ditulis dalam dua versi bahasa itu dihasilkan daripada Khutbah Khas Aidilfitri 2021 yang disampaikan oleh Mufti Brunei, Datuk Paduka Dr Awang Abdul Aziz Juned.

Ia disesuaikan sehingga menjadi sebuah buku yang diyakini amat berguna untuk pengetahuan serta maklumat orang ramai khususnya rakyat dan penduduk negara tersebut.

“Buku ini telah mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menanggani COVID-19, dan ‘cara’ menghadapi serta menanggani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita…

“…iaitu disamping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan Vaksin Ketuhanan,” katanya ketika majlis pelancaran buku yang mempunyai 76 muka surat itu

Malah, buku itu juga dimuatkan beberapa petikan titah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkaitan dengan Vaksin Ketuhanan yang baginda pelopori penggunaannya

Malah, buku itu juga dimuatkan beberapa petikan titah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkaitan dengan Vaksin Ketuhanan yang baginda pelopori penggunaannya

“Apa itu Vaksin Ketuhanan?  Ia adalah zikir, doa, al-Qur’an dan sedekah. Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei, dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan Vaksin Ketuhanan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, ucapan Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis rasmi tular di media sosial termasuk saluran YouTube yang bertitah mengenai amalan membaca al-Quran sebagai perisai dalam melawan wabak penyakit.

Tidak lupa juga pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti negara lain, dimana rakyatnya amat patuh pada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Apa jua jenis virus yang membentuk wabak, tidak akan mampu untuk melangkahi ayat-ayat suci al-Quran”

Sumber: borakdaily

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a