Orang ramai masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang menimpa adik Bella? Menurut keterangan saksi yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut, mereka sering melihat beberapa tindakan yang seolah-olah tidak berperikemanusiaan. Ekoran tidak mampu menahan lagi ‘penyeksaan’ berlaku di sana, mereka akhirnya nekad melarikan diri.
Penghuni lain disuruh ambil cili sumbat dalam mulut Bella…hanya kerana tak mengaku kesalahan
Menurut saksi pertama, Bella pernah disebat dengan hanger hingga terbelah 2. Tak cukup dengan itu, penjaga juga didakwa pernah menyuruh para penghuni lain di kondo terbabit sumbatkan cili ke dalam mulutnya hanya sebab tidak mengaku kesalahan. Malah sebelum ini, Bella sendiri pernah cakap kepada ‘kakak-kakak’ di sana bahawa dia mahu balik ke ‘Rumah 1’ atau rumah yang kini disita
Saya diarah untuk kurungnya dalam bilik seminggu…beri makan sekali & minum 1 gelas sehari
Tak cukup dengan itu, saksi kedua pula pernah diarah untuk kurung remaja OKU berkenaan serta ketatkan jadual pemakanannya sebagai denda. Wanita itu juga akui pernah nampak kesan birat dan lebam pada tubuh Bella
Ugut sita bayi jika tak berkelakuan baik…pantang setakat pakai stokin sahaja
Meskipun dilabel sebagai rumah transit yang selamat didiami ibu muda hamil tanpa nikah, namun saksi dedahkan realiti sebaliknya. Mereka bukan sahaja diugut bayi masing-masing akan ‘disita’ sekiranya tak ikut peraturan ditetapkan, malah proses berpantang yang dilalui sangat menyedihkan iaitu pakai sepasang stokin sahaja. Walaupun pusat kebajikan itu dapat banyak tajaan seperti alat tungku dan sebagainya, namun sekadar disimpan dalam stor
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment