Peningkatan angka jangkitan Covid-19 di Selangor sejak sebulan lalu membuatkan masyarakat naik risau. Malah kenaikan mendadak tersebut menyebabkan Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati, Shah Alam turut diserbu orang ramai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Suasana luar stadium sesak dengan patient…Ada bayi, kanak-kanak dan warga emas
Malah semalam menerusi siaran Buletin Utama, hampir 4,000 orang individu yang telah dijangkiti Covid-19 hadir melaporkan diri sejak dari jam 6 pagi lagi meskipun kaunter hanya dibuka 3 jam kemudian. Jelas kelihatan suasana sesak dengan pelbagai keadaan patient merangkumi bayi, kanak-kanak dan juga warga emas.
Permudahkan janganlah Engkau sukarkan segala urusan semua frontliner yang bertungkus lumus
Di sebalik kesesakan tersebut, ada individu yang tiba-tiba jatuh pengsan sekali gus mencetuskan cemas buat petugas di sana. Namun ketika berlari terkejar-kejar mengusung patient tersebut, kumpulan barisan hadapan itu tergelincir menyebabkan salah seorang daripada mereka terbaring di atas jalan. Lebih sedih lagi, petugas tersebut kelihatan seperti sudah tidak larat untuk bangun kembali
@suemayrra Allahuakbar, Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. #covid19 #fyp #fpyシ #viralvideo #viraltiktok
♬ Zikir Ya Allah - Munif Ahmad
@muhamadzamri2020 ♬ original sound - Muhamad Zamri
Yang terbaring lesu tu mesti dah rasa putus asa…Tapi bangun balik sebab kenangkan tengah pikul amanah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat kejadian berkenaan. Selain itu, ramai yang cukup terharu tatkala menyaksikan pengorbanan daripada para frontliner.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment