[VIDEO] Awan Berbentuk Burung Raksasa Muncul Di Langit! Surah Al-Jathiyah Ayat 3 Jelaskan Perkara Ini Skip to main content

[VIDEO] Awan Berbentuk Burung Raksasa Muncul Di Langit! Surah Al-Jathiyah Ayat 3 Jelaskan Perkara Ini

Tidak dinafikan, kekuasaan Allah taala dapat dilihat dengan jelas melalui alam semulajadi. Terdapat banyak fenomena alam terjadi di seluruh dunia sama ada kita sedar mahu pun tidak. Malah setiap kali muncul hal-hal dilihat seakan misteri di dada langit, kita mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik atau aspek lain.

Pada hal Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu, sudah menceritakan segala-galanya mengenai langit dan bumi.

Dalam surah Al- Jathiyah ayat 3 menyebut:

اِنَّ فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ لَاٰيٰتٍ لِّلۡمُؤۡمِنِيۡنَؕ‏

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Tahukah, beriman dengan dengan perkara ghaib antara ayat yang banyak disebut di dalam al-Quran, malah ia juga terkandung dalam Rukun Iman.

Dalam perkongsian Sinar Harian, pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek berkata, ia penting kerana banyak perkara ghaib telah dibuktikan oleh sains yang menunjukkan kekuasaan dan keesaan ALLAH SWT.

Jelas Ustaz Hanafi, antara contoh perkara gha1b itu adalah ALLAH SWT, syurga dan neraka serta iman yang semuanya tidak boleh dilihat.

“Begitu juga dalam Rukun Iman iaitu percaya kepada ALLAH, malaikat, qada dan qadar serta hari kiamat (semuanya perkara ghaib), kecuali percaya kepada kitab (al-Quran) yang nyata. Begitu juga Rasul, ia perkara nyata,” jelas beliau.

Jika kita seorang yang beriman, kita tentu mempercayai apa saja perkara-perkara yang ditunjukkan oleh Allah taala dan bukan mengaitkannya dengan perkara mistik atau tahyul.

Begitu jugalah, kemunculan pembentukan awan aneh yang berlaku membentuk Pheonix di di Fuzhou, Fujian, China awal tahun ini sebanyak dua kali. Malah bukan di Fuzhou saja, banyak pembentukan awan aneh terjadi di seluruh dunia. Pernah berlaku pembentukan awan aneh yang disebut sebagai awan lentikular di mana awan kelihatan berbentuk kanta atau piring. Fenomena ini biasanya berlaku di puncak gunung. Begitu juga pernah berlaku awan seri pagi di Teluk Carpentaria di Australia yang bentuknya seakan menari-nari. Pembentukan awan aneh ini biasanya berlaku akibat udara laut dari dua arah bertemu dan membentuk kesan silinder berpusing



Jadi tentunya pembentukan awan berbentuk burung Pheonix ini pastinya adalah fenomena biasa. Namun burung ini pastinya agak istimewa kerana banyak negara menjadikan lambang burung ini sebagai jata negara mereka terutama Indonesia dan beberapa buah negara lain.

Lagenda Burung Pheonix

Kisah burung Phoenix ini disebut juga sebagai Garuda menjadi antara misteri yang membingungkan lantaran tercetus persoalan sama ada burung raksasa itu benar-benar wujud pada zaman dulu tetapi sudah pupus pada hari ini atau ia sekadar mitos khayalan yang kekal meniti sejarah.

Sekiranya cerita Phoenix atau panggilan nama lain hanya sekadar mitos, persoalan mengenai hakikat kewujudannya menjadi semakin pelik lantaran mitos burung raksasa berkuasa mistik itu dipercayai dalam banyak budaya masyarakat berlainan negara, malah berasingan benua.

Selain Malaysia, kepercayaan terhadap Garuda turut dipercayai di India, Indonesia, Mongolia dan Thailand.

Burung raksasa mistik itu juga turut dipercayai masyarakat Jepun, Russia, China serta negara Barat tetapi dikenali dengan nama lain, antaranya Pheonix, Karura, Khangarid dan Firebird.


Simbol negara

Malah, ada kerajaan tertentu menjadikan burung raksasa itu sebagai simbol atau jata negara, antaranya Indonesia, Thailand dan Mongolia, seolah-olah makhluk itu memang pernah wujud di dunia ini dan dipercayai turun-temurun dalam budaya penduduk negara berkenaan.

Sejarah kepercayaan terhadap Garuda di Tanah Melayu dipercayai berasal daripada kisah yang diceritakan dalam manuskrip purba Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah.

Mengikut cerita, pada masa dulu, Garuda bersarang di Pulau Langkapuri (kini Langkawi).

Apa pun kepercayaan kita, ingatlah Allah lebih mengetahui segala-galanya. Paling penting, setiap tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi ini dihuni oleh makhluk ciptaan Allah sama ada kita nampak atau pun tidak. #SinarUntukMalaysia

Saksikan video di bawah awan berbentuk burung Pheonix

Sumber

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru