Bagi setiap pasangan suami isteri pasti mahukan rumah tangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun meski sudah berkahwin berpuluh tahun lamanya, ujian tetap akan melanda jika salah seorang tidak mampu lagi untuk setia. Cuma tinggal jalan perpisahan jika masing-masing lebih senang membawa haluan sendiri.
Dia lepaskan kita talak 3, kenapa nak cari?…talakkan saya luar mahkamah sebab nak nikah lain
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, situasi itulah dilalui seorang wanita bernama Mira setelah dijatuhkan talak 3 oleh suaminya di luar mahkamah. Difahamkan, keputusan mengejutkan itu diambil kerana lelaki tersebut ingin berkahwin dengan wanita pilihan yang lain.
Mula dia panjat memang takut sebab kita trauma…Tapi bila polis lepas alasan jumpa anak rasa geram
Walau bagaimanapun, terbaru Mira sempat berkongsi rakaman bekas suaminya itu telah pun menceroboh masuk ke kawasan rumah ibu bapanya. Lelaki berkenaan dilihat merayu di tepi tingkap sambil memanggilnya berkali-kali. Meskipun perkara tersebut sudah dilaporkan kepada polis, namun dia dibebaskan selepas memberi alasan untuk berjumpa dengan anak.
@cikmighaie Reply to @purple_heart74 saya tunaikan 😘 #masukberanda #tiktokmalaysia
♬ original sound - MissMiraie
Perempuan bila dah tawar hati, kau pujuklah guna ayat manis sekalipun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat aksi bekas suami kepada Mira. Selain risau dengan keselamatan wanita berkenaan, ramai yang menitipkan nasihat supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment