Susulan peningkatan wabak Covid-19, ramai yang sudah melengkapkan dos pertama dan kedua vaksin setakat ini. Malah banyak ragam menarik pengunjung yang turut tular di laman media sosial seperti memakai baju tema tradisional dan dinosaur
Bila pergi vaksin, tapi yang jaga kaunter tu ex-husband…Saya ingat semua tentang awak
Namun berbeza dengan seorang wanita baru-baru ini apabila dia terserempak dengan bekas suaminya yang bertugas sebagai salah seorang sukarelawan di sebuah PPV di Selangor. Meskipun sudah 3 tahun mereka tidak tinggal sebumbung, namun lelaki tersebut masih lagi ingat butiran peribadi Alia Nurshafira sambil membantu mengisikan borang pengambilan vaksin di kaunternya. Kedua-duanya juga sempat berborak seketika serta bergambar sama-sama.
Memang cam dia walaupun pakai facemask…kebetulan dapat kaunter dia, walhal ramai lagi yang ada
Mengulas lanjut, Alia Nurshafira akui terkejut apabila dirinya kebetulan perlu melalui kaunter yang diuruskan bekas suaminya. Wanita yang menerima vaksin Sinovac ini turut berseloroh boleh mengecam mukanya walaupun sedang pakai pelitup muka ketika itu.
Sangat bersyukur ada bekas suami yang baik…cuma nak yang terbaik untuk anak perempuan kami
Ujarnya lagi, detik pertemuan tak disangka-sangka itu dikongsi olehnya sekadar kenangan sahaja. Selain bersyukur masih jalinkan hubungan baik bersama bekas suami serta keluarganya, Alia cuma mahukan yang terbaik sahaja buat anak mereka iaitu Sophillea.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment