Bagi yang baru berkahwin pasti teruja untuk mempunyai zuriat sendiri. Namun ramai sekali terlupa, bukan mudah untuk mereka menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam membesarkan anak-anak khususnya buat ibu. Jika dulu boleh tidur lena diulit mimpi indah, kini semua berubah pula dengan tangisan dan rengekan tanpa henti persis kisah di bawah.
Cuba nak tidurkan anak tapi tak berhenti menangis…Tiba-tiba tak sengaja campak atas katil
Menerusi satu video tular di Facebook, seorang wanita dilihat sedang cuba untuk menidurkan anaknya yang masih celik. Namun tidak semena-mena, dia seperti berada di luar kawalan emosi sehingga tidak sengaja mencampak bayi tersebut di atas katil.
Lama tenung anak dulu, baru start rasa bersalah…Cepat-cepat pujuk dan dakap erat
Selepas beberapa ketika memerhatikan perlakuan anaknya yang sudah pun menangis, wanita itu seakan-akan merasa bersalah. Dia kemudian kembali memujuk kanak-kanak tersebut dan memeluknya dengan erat dalam keadaan lebih tenang daripada sebelumnya.
Penat seorang isteri, jangan main dengan emosi…Jaga anak dari celik mata sampailah nak tidur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih melihat perkongsian berkenaan. Malah ramai ibu diluar sana mengakui pernah melalui pengalaman sama dek kerana terlampau letih dalam menguruskan anak. Tiada apa yang mereka harapkan selain sokongan dan juga bantuan daripada si suami.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment