Ibu mana yang sanggup melihat anak-anak sengsara, lebih-lebih lagi kena buatan orang. Walaupun dah masuk tahun 2021, namun masih ada individu tak bertanggungjawab lakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
Cukuplah mama dah kehilangan Along…aku boleh jadi gila tengok keadaan anak-anak tapi tetap redha dgn ujian-Mu
Sejak beberapa hari lalu, wanita dikenali sebagai Puan Rozita ini berkongsi luahan pilu tentang 2 orang anaknya. Azri Daniel atau Acik menderita masalah buah pinggang kronik walaupun di umur belasan tahun. Manakala Aliya Mysara atau Adik pula tiba-tiba berkelakuan pelik di rumah dan pernah keluar rambut daripada mulutnya. Meskipun musibah tak terkawal ini membuatnya ‘naik gila’, namun dia tetap ikhtiar sehabis mungkin sebagai seorang ibu.
@ros_801 ya allah kuat kn la aku ini aku tak nk tgk ank aku macm ni kerana hati ku tak kuat lagi @muhammadairis abg gha sabr la ye mama yakin adik" akn sihat
♬ bunyi asal - ros_.delitamawar2 - aleeya mysarah 💘
@ros_801 Hidup mati keluarga ku hanya kerana Allah ..aku redha kehilangan arwah along ... skrg adik dan acik sakit teruk ya Allah kesian ni lah aku ..
♬ Pelangi Petang - Dato' Sudirman
Apa salah mama sampai anak yang baik jadi macam ni…pada yang lakukan perkara syirik ini, akan dapat balasan
Selain mempersoalkan mengapa anak-anaknya terpaksa hidup menderita sedemikian, Puan Rozita juga berharap sang pelaku dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Dalam pada itu, dia turut mengharapkan doa daripada orang ramai agar diselamatkan daripada ujian tersebut.
@aleeya_057 ya allah semoga aku tabh selalu untuk keluaga ku kuat kn la hati ku ini untuk terus hidup aminnnn
♬ original sound - 🎶Hăns Lącông⚓ - ♫ 𝐇ăή𝔰 𝕷ą𝖈ô𝖓𝖌⚓
Sanggup buat orang sampai jadi macam tu…tak ada rasa belas kasihan ke?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkilan dengan pihak yang sanggup melakukannya. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing tatkala berdepan ujian serupa keluarga tersebut.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment