Walaupun Hampir Lunyai, Wanita Akui ‘Ketagih’ Bau Bantal Busuk 19 Tahun Bersama Skip to main content

Walaupun Hampir Lunyai, Wanita Akui ‘Ketagih’ Bau Bantal Busuk 19 Tahun Bersama

Meskipun warnanya kusam, namun bantal busuk mempunyai ‘keharuman’ tersendiri bagi pemiliknya. Sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa, ketiadaannya pasti timbulkan keresahan serta tidur tak lena. Justeru, tidak hairanlah ada segelintir individu yang memang sukar berenggang dengan ‘peneman setia’ masing-masing sehingga berpuluh tahun lamanya

Orang lain takkan faham…cinta hati, 19 tahun bersama 

Samalah juga dengan wanita berusia 25 tahun ini, yang tidak mampu untuk hilangkan tabiat tersebut sejak kecil lagi. Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok baru-baru ini, Intan Normala akui situasinya itu sukar difahami orang lain dek sudah 19 tahun bersama.

“Suka pegang bantal tu, wajib letak kat muka baru tidur. Pernah cuba tinggalkan tempat lain, tapi tak boleh lena.”

@innnnnn_tan

orang lain takkan pernah faham 😔😔😔 #19tahunbersama #cintahati

♬ suara asli - malaniecha

Batal sensitif, tak boleh ditarik kasar…Terpaksa guna pin sebab tak boleh dijahit 

Apa yang unik berbanding kepunyaan orang lain, bantal busuknya disifatkan sangat ‘sensitif’ dan tidak boleh ditarik dengan kasar memandangkan keadaannya kini hampir lunyai. Malah memandangkan tidak boleh dijahit langsung, Intan Normala terpaksa gunakan pin demi pastikan ia kekal bersambung. Paling menarik, kisah tentang bantal busuk istimewa itu turut diketahui oleh tunangnya apabila didedahkan oleh ibunya sendiri.

@innnnnn_tan

dari tahun 1998 sampailah ke 2021 🥺 #cintahati #fypシ #bantalbusuk

♬ Kosong - Najwa Latif

Setia dekat bantal busuk sampai terburai, terbaiklah…pemilik je tau nikmat dia tu macam mana 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pemilik bantal busuk faham situasi yang dialami wanita berkenaan. Meskipun ada yang berseloroh tentang rupa bantal tersebut, namun netizen akui bukan semua orang tahu ‘nikmatnya’ apabila dibawa tidur bersama



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a