Tak kira anak ke berapa sekali pun, proses berpantang adalah antara tempoh yang paling sukar untuk dilalui bagi ibu baru melahirkan. Ketika ini, sokongan daripada suami sangat membantu supaya mereka dapat mengharungi waktu itu dengan baik tanpa sebarang gangguan emosi.
Wanita nekad nak terjun dari bangunan rumah…Tapi nasib masih sempat dihalang oleh jiran-jiran
Namun seorang wanita ini kurang bernasib baik malah sempat mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk terjun dari bangunan rumahnya. Walau bagaimanapun, tindakannya dapat dihalang oleh beberapa orang jiran terdekat sebelum pihak bomba dipanggil bagi menenangkan keadaan.
Bila siasat rupanya baru ditalak suami…Dahla baru saja lahirkan anak ketiga secara caesarean
Rupa-rupanya, wanita yang baru sahaja melahirkan anak ketiga secara caesarean 2 minggu lepas itu telah pun dijatuhkan talak oleh suaminya sendiri. Malah bukan itu sahaja, lelaki berkenaan terus pergi tinggalkannya dengan membawa anak sulung mereka serta menaiki kenderaan milik wanita tersebut.
@sufri_jamaluddin Na'uzu Billahhi Min Zalik 🤲🏼 #tiktokguru #tiktokindonesia #fyp
♬ original sound - Ain Fatin Lyana
Tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang…Risau kalau terjadi apa-apa, emosi tak kuat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut berharap ada ahli keluarga lain atau jiran-jiran yang dapat menjaga atau memerhatikan si ibu itu sehingga kembali stabil.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment