Media sosial nyata kecoh apabila seorang gadis yang pernah viral disunting menjadi ‘madu’ telah mengumumkan perpisahannya 2 hari lepas. Selain berlapang dada tanpa mahu panjangkan perkara tersebut, Ain Soleh turut memohon pihak sana agar tidak ‘mengeksport’ semula gambar-gambar perkahwinan sebelum ini.
Anggap baru terjaga dari mimpi…cukup 2 bulan gantung tak bertali (minit 4:36)
Sejurus selesai urusan di mahkamah rendah syariah, Ain Soleh menjelaskan tidak mahu ada kaitan lagi dengan bekas madu serta suaminya menerusi sesi Instagram Live. Jika orang lain bersedih apabila mengalami perpisahan, namun berbeza pula dengan dirinya yang lega setelah 2 bulan menanti. Malahan, detik terlerainya ikatan perkahwinan itu disifatkannya seperti baru terjaga daripada ‘mimpi’.
Bila dah viral, berpisah pun kena uar-uarkan…takut nanti jatuh fitnah (minit 21:00)
Gadis berusia 22 tahun ini turut menjelaskan, antara sebab perpisahan tersebut perlu dihebahkan adalah susulan pernikahan mereka telah viral tahun lepas. Justeru Ain bimbang akan difitnah jika pengumuman tersebut tidak diuar-uarkan, misalnya apabila masyarakat ternampak dia keluar dengan lelaki lain selepas ini. Mengulas tentang soal pengganti pula, dia cuma luahkan serik dan takkan memilih ‘suami orang’ lagi.
Keputusan yang dibuat atas diri sendiri…Allah susun cantik jalan cerita hidup Ain Menerusi posting terbaru di Facebook pula, Ain Soleh berkongsi hidupnya kini baik-baik saja dan bersedia membuka lembaran baru. Dia turut meluahkan keyakinan terhadap keputusan yang diambil sendiri tempoh hari, manakala selebihnya pula diserahkan kepada Allah SWT.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment