Tahun lepas, kisah Syiela Rashid tular apabila menjadi ‘tulang belakang’ membuat persiapan perkahwinan serta menyarungkan cincin tunang ke jari madunya. Sebagai isteri, dia mendedahkan tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau janda. Malahan, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya susulan gagal dalam pencarian sebelum ini.
Haritu teman menikah…harini teman kanda pergi mahkamah
Walau bagaimanapun, jodoh antara Khubaib Ramli dan Nurul Ain nampaknya tidak bertahan lama. Meskipun tidak didedahkan punca sebenar, namun hari ini mereka dikhabarkan sah berpisah. Malah menerusi TikTok, Syiela Rashid memuat naik video menemani suaminya itu ke mahkamah syariah bagi tujuan tersebut.
@syielarashid #lovestory❤️ #love❤️ @khubaibramli
♬ Mohabbatein Maaf Kijeyega Sir Shah Rukh Khan - movie dialogue
Datang tak dipinta pergi tak dihalau…ambil tanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dibuat
Meskipun ramai memuji ketabahannya yang sudi berkongsi kasih serta rapat dengan ‘adik madu’ dahulu, namun guru sains berusia 43 tahun ini menerima suratan takdir dengan hati yang terbuka. Menurutnya lagi, Syiela Rashid tidak menyimpan hati pun dengan sesiapa saja yang hadir dalam hidup rumah tangga mereka.
Macam tak percaya sebab dulu nampak baik-baik je..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah tidak percaya bahawa suami wanita tersebut sudah pun berpisah dengan madunya, biarpun mereka dilihat cukup akrab sebelum ini. Namun begitu, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat ketiga-tiga individu tersebut di sebalik apa yang telah berlaku kini.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment