23 Mac 2019 merupakan tarikh yang menggegarkan Malaysia apabila saudara Acap atau nama penuhnya Mohamad Ashraf Hassan dikatakan ghaib di sekitar Gua Tempurung, Gopeng, Perak ketika mengikuti sebuah acara larian. Bermacam cara sudah dibuat oleh ahli keluarga untuk menjejaki keberadaannya. Namun hampa, semuanya gagal sehinggalah berita usaha pencarian pemuda ini semakin lama semakin senyap.
Berkenaan sesat ni sangat subjektif…Saya sendiri pernah lalui
Turut merasakan lokasi sebenar Acap adalah misteri, seorang lelaki yang sudah biasa dengan aktiviti hiking tampil berkongsikan kisahnya sendiri. Menurutnya, masalah sesat di dalam hutan adalah sangat ‘subjektif’ dan kadangkala sukar ditafsirkan dengan akal fikiran. Suatu ketika dahulu, Encik Shaari pernah kehilangan jejak orang yang berada di hadapan dan belakang trek ketika memulakan pendakian.
@shaari_glider Reply to @pakcikninja #myway #mylife #naturelover
♬ bunyi asal - alifnazran8
Perjalanan turun starting point adalah setengah jam…Kawan tunggu situ 2 jam lebih
Oleh itu, dia segera berbalik ke checkpoint utama dan alangkah terkejutnya kerana rakan-rakan lain dikatakan sudah lama menantinya turun iaitu lebih 2 jam.Walhal, ketika itu Encik Shaari yakin dia hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja apalagi jaraknya tidak terlalu jauh
@shaari_glider Reply to @katique151 #hilang #sesat #mylife #myway #naturelover
♬ bunyi asal - alifnazran8
Saya pernah naik Gunung Dato’, tiba-tiba dengar orang menyanyi
Ada juga netizen yang kaki hiking tampil berkongsikan pengalaman misteri mereka ketika memasuki hutan. Ini termasuklah kedengaran bunyi-bunyi pelik seperti kenduri selain kelibat kawan mereka yang sampai ke puncak padahal sudah dipotong lebih awal.
@shaari_glider Reply to @azzaaziz12 #mylife #myway #naturelover #hiking
♬ Suspense - Creepy Razy
@shaari_glider Reply to @asyrafvlog #mylife #myway #hiking #naturelover
♬ Ensera Taboh 2018 - Ensera Muzik
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment