“Dia tak boleh balik, kepala air terlalu kuat” Mangsa Sempat Hubungi Isteri Sebelum Tragedi Skip to main content

“Dia tak boleh balik, kepala air terlalu kuat” Mangsa Sempat Hubungi Isteri Sebelum Tragedi

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan bencana kepala air yang berlaku di Gunung Jerai.

Tragedi itu telah menjadi satu detik luka untuk semua rakyat Kedah di mana ia menyebabkan limpahan air yang besar sehingga menghakis isi bukit sekaligus mewujudkan banjir kilat di kawasan penduduk sekitar bukit tersebut.

Kejadian yang terjadi di Titi Hayun itu telah meragut nyawa beberapa penduduk setempat dan masih ada mangsa yag belum dapat dikesan.

Terbaharu, pasukan penyelamat telah menemukan sekujur tubuh kaku iaitu Allahyarham Mohammad Faizal Mohd Zohir selepas beliau dilaporkan hilang akibat bencana itu

Jasadnya telah ditemui oleh unit pengesan anjing pasukan penyelamat kira-kira 5 kilometer dari lokasi asal akibat dibawa arus air yang deras.

Tidak Sempat Melarikan Diri

Menerusi muat naik di laman Facebook, isteri kepada Allahyarham memberitahu suaminya itu berada di kawasan tersebut untuk melakukan pekerjaan membina pondok berhampiran dusun.

Namun dia sempat membuat panggilan terakhir dengan suaminya itu dan suaminya juga berpesan dia tidak dapat pulang akibat kejadian kepala air itu sangat kuat.

“Ya Allah ya tuhanku, lindungilah suamiku dimana pon dia berada aku dan anak2 masih memerlukan dia ya Allah, mohon semua doakan suami saya MOHAMAD FAIZAL BIN MOHD ZOHIR,

“Masih belum ada khabar berita lagi, dia kerja buat pondok di dusun dekat titi hayun, last contact pukul 4petang semalam dia tak boleh balik sebab kepala air kuat sangat, mintak tolong share yg mana ada jumpa dia boleh hubungi saya,”

Proses Mencari Masih Dilakukan Pihak Berkuasa

Menerusi laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, mengesahkan mayat mangsa ditemui selepas hilang susulan kejadian berkenaan yang berlaku sekitar 4 petang pada Rabu.

“Terbaru (yang sudah) dapat dikesan (pihak bomba) ialah mangsa hilang (yang) keempat (iaitu) Faizal Zohir, berumur 28 tahun, Melayu, (yang) ditemui 3.10 petang, pada hari ini. Lokasi ditemui (adalah di) KEDA Sungai Udang,

“Mangsa yang baru ini ditemui Unit K9, mangsa ditemui di kawasan yang dalam keadaan berlumpur, selain batu licin, proses menyelamat mangsa yang cedera sebelum itu dilakukan di bawah timbunan kayu yang memerlukan pasukan penyelamat memotong guna chainsaw selain dalam keadaan gelap, dan perlukan pencahayaan, tetapi akhirnya mereka dapat juga selamatkan mangsa tersebut.

Tambahnya, proses pengesanan dan pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang akan dilaksanakan dengan memperluas kawasan pencarian iaitu dengan tambahan dua lagi unit anjing pengesan (K9) selain menggerakkan unit dron bagi memantau pencarian dari udara.

Turut dinyatakan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak JBPM diperkuatkan dengan kekuatan 71 pegawai dan anggota yang dibahagikan kepada dua sektor pencarian.

Sumber: yoy

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru