Apabila isteri mula hamil, maka secara tidak langsung tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Sepanjang 40 minggu kehamilan, ‘mak buyung’ biasanya akan mengalami perubahan emosi serta situasi keperitan yang tak disangka-sangka. Justeru, peranan seorang ketua keluarga cukup mustahak bagi membantu serta memguruskan pasangan masing-masing.
2 hari sebelum lahirkan anak, hidap cirit-birit & senggugut…kebetulan tak jumpa tandas
Menerusi TikTok, wanita dikenali sebagai Khalieda Yusra ini berkongsi pengorbanan suami yang takkan dilupakannya ketika sarat mengandung. Dia pernah tiba-tiba mengalami cirit-birit dan senggugut sekali gus susulan menghampiri due date kelahiran cahaya mata kedua mereka. Namun gara-gara tidak jumpa sebarang tandas pada masa itu, lelaki tersebut menasihatkan isterinya agar ‘lepaskan hajat’ dalam kereta sahaja
Lepas bersihkan badan…tengok suami tengah cuci berak tanpa rasa geli guna tangan sendiri
Memandangkan sudah tidak tahan lagi, dia hanya mampu akur saja sehingga tiba ke rumah. Sebaik membersihkan dirinya, alangkah terkejut wanita ini apabila ternampak suaminya gigih mencuci ke semua najis tanpa rasa geli menggunakan kedua-dua belah tangannya sendiri. Malah, Khalieda Yusra turut duduk di kerusi sama berlakunya kejadian tersebut ketika merakam video perkongsiannya tersebut.
@kiedaamy97_ #storytime pengalaman ❤️ #pengorbanan seorang suami Tak semua laki mampu buat . Masing2 ada lebih ada kurang. Jadi #Hargai lah selalu ❤️ #fypage
♬ rintihan rindu - Adek Nurul
Menitis air mata dengar…untungnya dapat rezeki suami yang baik
Rata-rata netizen bukan sahaja memuji pengorbanan mulia tersebut, malah terharu mendengar kisah yang jarang sekali sanggup dilakukan para suami masa kini. Dalam pada itu, mereka turut tidak ketinggalan berkongsi kisah tentang pasangan masing-masing menguruskan isteri hamil.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment