Isteri Menyusul Sehari Lepas Pemergian Suami, Anak 2 Tahun Yatim Sekelip Mata Skip to main content

Isteri Menyusul Sehari Lepas Pemergian Suami, Anak 2 Tahun Yatim Sekelip Mata

Trend peningkatan jumlah kematian Covid-19 sejak akhir-akhir ini nyata membimbangkan ramai pihak. Malah siapa sangka, kebahagiaan hidup dimiliki sepasang suami isteri bersama anak tunggal mereka ini lesap sekelip mata akibat diragut wabak tersebut.

Suami isteri ditidurkan pada hari yang sama…dan semalam suami dia dijemput Allah 

3 hari lepas, mereka berdua telah ditidurkan pada hari yang sama. Namun semalam, si suami dikhabarkan telah dijemput Ilahi. Berita sedih itu dikongsi oleh seorang rakan, dikenali sebagai Puan Shakinah menerusi laman Facebooknya. Justeru, dia turut bimbang reaksi penerimaan Rien Rieyana apabila dapat tahu berita tersebut sekiranya tersedar nanti.


Tapi harini dia pergi menyusul…tinggalkan anak yang masih kecil, berumur 2 tahun 

Walau bagaimanapun, selang sehari kemudian Rien Rieyana dikhabarkan turut menyusul pemergian suaminya. Secara tidak langsung, anak tunggal mereka yang berusia 2 tahun jadi anak yatim sekelip mata akibat virus tersebut. Puan Shakinah malah sebak apabila terkenang keterujaan rakannya itu sewaktu hamil kerana sudah sekian lama menunggu rezeki cahaya mata.


Doakan keajaiban, malam ni dimasukkan ICU…minta reda & sudi maafkan Rieen 

Selain menitipkan ucapan takziah kepada pasangan tersebut, video terakhir yang sempat dikongsi Rien Rieyana turut curi tumpuan ramai. Sebelum masuk ke ICU, Allahyarhamah berharap semua pihak dapat mendoakan serta maafkan dirinya terlebih dahulu. Tak cukup dengan itu, lagu latar posting berkenaan turut meruntun jiwa ramai.

@rienrieyana

DOA KAN RIEEN DAN HUSBEND YE🤲 #covidfhighter #covid19 #fypシ #fyp #support #doa #keajaiban #semogaadakeajaiban #allahujisebaballahsayang

♬ Bila Tiba - UNGU

Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a