Isteri Yang Setia Susah Senang Dengan Suami, Peribadi Siti Sarah Jadi Tauladan Skip to main content

Isteri Yang Setia Susah Senang Dengan Suami, Peribadi Siti Sarah Jadi Tauladan

Minggu lalu, penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin telah pun dimasukkan ke pusat perubatan akibat mengalami batuk serta sukar untuk bernafas selepas didapati positif Covid-19. Beberapa hari kemudian, selebriti berkenaan yang sedang sarat hamil 7 bulan selamat melahirkan bayinya melalui proses caesarean.

Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…Mohon sedekahkan Al Fatihah 

Namun terbaru menerusi Instagram, Shuib memaklumkan bahawa Siti Sarah telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5.13 pagi tadi. Semalam, selebriti tersebut dilihat cukup sebak apabila memberitahu perkembangan terkini isterinya yang berada dalam keadaan kritikal kerana tahap oksigen telah menurun sehingga 40 peratus.

Mesti ada suatu kebaikan yang dia dah buat, sampaikan banyak hati terjentik 

Pemergian Allahyarhamah Siti Sarah tidak hanya memberi kesan kepada rakan-rakan dalam dunia seni dan juga hiburan. Malah rata-rata masyarakat di luar sana dilihat turut sama mendoakan kesembuhan penyanyi berkenaan sejak keluar berita tentangnya. Tak dinafikan, ia membuatkan ramai tertanya-tanya apakah kebaikan atau amalan yang pernah dilakukannya sebelum ini.






Seorang isteri yang sangat mengagumi suaminya…Sentiasa beri sokongan & tulang belakang yang kuat 

Menerusi Instagram isteri kepada pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin juga sempat berkongsikan tentang Allahyarhamah. Jelasnya, Siti Sarah merupakan penyokong setia Shuib sejak dari tiada apa-apa sehinggalah berjaya. Bukan itu sahaja, Allahyarhamah juga sangat mementingkan pendidikan anak-anak sehingga membuatkan dirinya turut terinspirasi.




Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru