Jangan Follow Media Sosial Laki Orang, Wanita Tegur “RM10 Kadang Minta Bini” Skip to main content

Jangan Follow Media Sosial Laki Orang, Wanita Tegur “RM10 Kadang Minta Bini”

Lambakan pelbagai jenis media sosial tak dinafikan boleh membawa keburukan kepada penggunanya. Malah di luar sana banyak rumah tangga atau hubungan suami isteri runtuh kerana masalah yang berpunca daripada aplikasi-aplikasi tersebut.

Kalau boleh janganlah follow media sosial, suami orang, boyfriend orang 

Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, seorang wanita bernama Amy merasa terpanggil untuk memberi pesan selaku seorang isteri. Jelasnya, gadis atau wanita lain di luar sana usahlah mengikuti akaun media sosial para lelaki yang sudah berkahwin serta berkeluarga.

Sebab laki orang ni banyak tanggungjawab…Mengorat pun setakat bagi topup bolehla 

Walaupun lelaki berkenaan mungkin kelihatan menarik di mata, namun hakikatnya mereka banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Malah kadang-kadang tidak cukup belanja untuk diri sendiri. Dalam pada itu, teguran tersebut tidak hanya ditujukan kepada perempuan, tetapi juga untuk lelaki.

@kiedaamy97_

Pesanan ikhlas untuk #jantan and #perempuan yang bujang2 . Jgn cari pasai kalau tkmau #arwah awai 🤣 #fypage #newbietiktok #fypberandatiktok

♬ original sound - Kiedamy97_

Kadang-kadang dah tau boyfriend orang pun boleh keluar sekali lagi…VC pun tak rasa bersalah 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang telah diberikan wanita berkenaan. Malah ramai mengakui sudah banyak kali bertemu dengan individu yang suka mencari perhatian di media sosial seperti itu. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 61 ribu tontonan.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a