Pelukis kidal sebak lukis potret Siti Sarah - “Tak jual, nak hadiahkan kepada Shuib” Skip to main content

Pelukis kidal sebak lukis potret Siti Sarah - “Tak jual, nak hadiahkan kepada Shuib”

MALAYSIA bagaikan berduka apabila penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia akibat Covid-19 pada Isnin lalu.

Selain rakan selebriti, peminat, pemimpin politik dan kerabat diraja, pemergian pilu itu turut dirasai oleh seorang pelajar lelaki yang menzahirkan rasa sedihnya menerusi satu lukisan potret.

Menurut Mohamad Amir Ridzuan Abd Samad, 22, dia mendapat ilham untuk menghasilkan potret Siti Sarah kerana sudah lama meminatinya dan menganggap ia sebagai satu tribute untuk isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu.

"Saya hasilkan potret arwah pada hari Khamis. Saya berjaya siapkan lukisan itu dalam lima ke enam jam sahaja.

"Saya sememangnya meminati lagu-lagu arwah. Pada masa sama, saya tengok ramai yang terkesan dengan pemergiannya. Begitu juga saya.

"Ia menjadi ilham kepada penghasilan potret itu. Memang rasa sedih masa lukis potret arwah," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amir, dia turut menyimpan hasrat untuk menyerahkan potret itu kepada keluarga Siti Sarah jika diberi kesempatan dan peluang pada masa akan datang.

Amir mula melukis sejak kecil lagi.

Menurut penuntut bidang Seni Bina Landskap itu, dia yang berkongsi hasil karya berkenaan menerusi Instagram dan TikTok turut menerima tawaran untuk menjual potret berkenaan.

"Bila saya post hasil lukisan itu di TikTok, ramai yang view. Ada juga yang nak beli potret Siti Sarah. Tapi saya tak nak jual.

Untuk yang baru-baru nak melukis, boleh saja rujuk YouTube. Saya sendiri banyak belajar menerusi YouTube dan Instagram. AMIR

"Kalau ada rezeki, saya nak hadiahkan kepada Shuib. Nak serahkan kepada keluarga arwah. Kalau tidak, saya hanya akan simpan potret itu," ujarnya lagi.

Menurut pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu, dia sudah meminati seni lukisan sejak kecil lagi dan kini aktif menjual hasil karyanya di media sosial

Potret Siti Sarah yang dihasilkan oleh Amir.

Imbas Amir, minat itu bermula ketika zaman sekolah dan dia sama sekali tak menyangka ia sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan buatnya.

"Minat melukis sejak kecil lagi. Cuma ia mula terserlah ketika saya ambil subjek Pendidikan Seni masa tingkatan empat.

"Minat saya terhadap seni ini terbuka. Saya cuba semua. Tapi saya suka lukis potret sebab nak jelmakan benda hidup.

Amir merupakan penuntut UMK dalam bidang Seni Bina Landskap.

"Tapi sepanjang bersekolah dulu, saya tak masuk pertandingan melukis sebab saya tak yakin. Tapi saya ambil tempahan potret dengan harga RM20 ketika sekolah.

"Sekarang cuti semester, pun saya ambil tempahan. Sekarang satu potret saya hasilkan dan jual pda harga sekitar RM50 atau RM60," ujar pelukis kidal itu.

Dalam pada itu, Amir juga menitipkan pesan kepada pelukis muda di luar sana agar sentiasa yakin dengan karya masing-masing dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam diri.

Antara lukisan yang pernah dihasilkannya.

"Saya pun tak pandai sangat melukis, tapi untuk yang baru-baru nak melukis, boleh saja rujuk YouTube. Saya sendiri banyak belajar menerusi YouTube dan Instagram.

"Buat latihan banyak-banyak sehingg ada keyakinan. Alhamdulillah, setakat ini saya juga belum pernah terima sebarang komen negatif ke atas karya saya," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a