Baru-baru ini, rakyat Malaysia terkejut mendapat berita mengenai pemergian penyanyi lagu ‘Kesetiaan’, Siti Sarah akibat Covid-19. Pastinya Shuib merupakan insan yang paling terkesan kerana kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata. Hakikatnya, masih ramai suami di luar sana mengalami nasib sama persis kisah di bawah.
Oksigen turun sampai 40 peratus…Seterusnya pulang ke negeri abadi
Menerusi satu perkongsian video oleh Eleeze, adik tirinya yang hamil sebelum ini terpaksa ditidurkan dan dikeluarkan bayi dalam perut selepas 3 minggu berlawan dengan virus Covid-19. Wanita itu menjelaskan paras oksigen ibu bernama Eja tersebut pada mulanya menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus tetapi mula turun sehingga 40 peratus sebelum dijemput Ilahi.
Paling tak tahan tengok suami adik tiri dengan anaknya menangis tepi kubur
Eja disemadikan keesokan harinya di Klang dibantu oleh petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE. Keadaan menjadi lebih sebak apabila suami wanita berkenaan bersama anak sulungnya terduduk menangis di luar perkarangan tanah kubur sehingga beberapa orang terpaksa menenangkan lelaki tersebut.
3 hari ni bangun tidur je melalak menangis sampai la ke malam
Kak Leez juga tak dapat menahan sebak selepas mendapat berita tersebut sehingga dia tidak mampu berhenti menangis selama 3 hari berturut-turut. Pemergian melibatkan ibu selepas melahirkan anak memberi kesan mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment