Sejak pagi tadi, seluruh rakyat Malaysia ibarat dirundung kesedihan apabila mendapat khabar pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin akibat jangkitan Covid-19. Lebih sayu lagi, Allahyarhamah tidak sempat menatap wajah bayi pramatangnya yang sudah diberi nama Ayash Affan.
Satu yang paksu perhati…Mereka banyak berkongsi keluarga di media sosial
Menerusi satu perkongsian dari pengguna Facebook bernama Redzuan Manaf, kisah yang menimpa keluarga penyanyi berkenaan benar-benar membuka matanya. Seperti yang sedia maklum, Allahyarhamah sepanjang hayatnya tidak pernah lokek merakam serta berkongsi video insan-insan kesayangan dalam hidupnya
Sebab tu dalam perhubungan atau ikatan perkahwinan, elakkan penting diri
Kebiasaan yang dilakukan penyanyi berkenaan kini membuktikan memori akan dapat disimpan dan dilihat semula nanti. Dalam pada itu, pemuda tersebut juga menegaskan setiap pasangan di luar sana tidak sepatutnya malu untuk melafazkan rasa sayang supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Semua takut kehilangan kan? Sebab tu kita kena cipta banyak kenangan yang indah
Mungkin kehilangan orang tersayang masih belum berlaku pada diri sendiri, tapi satu hari masa itu akan tiba. Oleh sebab itu, cipta dan rakamlah sebanyak memori indah bersama sebagai kenangan masa hadapan. Daripada sakan menunjukkan kemewahan dunia, hubungan cinta antara keluarga adalah sesuatu yang lebih berharga.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment