Ramai Abai Makan Ubat Cacing, Gadis Dedah Pengalaman Hitam Mata Hampir Rosak Skip to main content

Ramai Abai Makan Ubat Cacing, Gadis Dedah Pengalaman Hitam Mata Hampir Rosak

Sewaktu kecil dulu pasti kita masih ingat sering ditegur ibu supaya memakai selipar ketika memijak tanah di luar rumah. Katanya risau jika nanti badan boleh dimasuki cacing tanpa disedari. Tapi ramai yang tak sedar sebenarnya pengambilan ubat cacing dalam kehidupan seharian juga amatlah penting.

Jangan lupa makan ubat cacing, dicadangkan dua kali setahun…Aku pernah hampir buta 

Merasa terpanggil untuk memberi kesedaran, seorang gadis bernama Zatul tampil menceritakan pengalaman buruknya berkenaan dengan cacing kira-kira 5 tahun lalu. Jelasnya waktu itu, doktor telah mengesahkan dirinya hampir buta.

@faetahz

Tak sangka blow up kat Twitter. Cerita 5 tahun lepas. Ada yg nak tahu ke? #fypシ゚viral #fypシ

♬ Stromae Alors on Danse - ᴍᴇɢᴜᴍɪ & ᴋʏᴏ 🦋

Rasa gatal-gatal mata ingatkan biasa saja…Lepas tu nampak ada bebenang tengah gerak 

Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok, Zatul berkata kejadian tersebut bermula setelah balik dari kem sekolah. Matanya ketika itu merasa sangat gatal selain ada penampakan seakan benang sedang bergerak. Lebih mengejutkan lagi, penglihatannya menjadi semakin kabur keesokan harinya. Setelah berulang alik berjumpa doktor serta pakar kesihatan di klinik dan juga pusat perubatan, akhirnya masalah pada anak matanya itu dapat dikenal pasti.

@faetahz

Reply to @mrswaffle_ Aku pun igt2 lupa crita dia. 5 years ago kot

♬ original sound - Tah tak suka baby hair

@faetahz

Reply to @ansishak Nah! Kenapala vid TT smpai 3 minit ja. #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound - Tah tak suka baby hair

@faetahz

Reply to @thiscat999 Done dear. Sorry lambat tgh cod Dovell #fypシ゚viral #fypシ

♬ original sound - Tah tak suka baby hair

Nasib baik tak kena mata hitam awak…Kena makan ubat cacing 4 bulan 

Rupa-rupanya, ada cacing yang telah berjaya memasuki matanya dan menyebabkan berlaku jangkitan kuman. Namun nasibnya baik kerana ia tidak menyentuh bebola mata hitam. Setelah itu, dia telah dikehendaki makan ubat cacing setiap hari selama 4 bulan berturut-turut.

@faetahz

Reply to @luoyi344 Begitu la cerita aku dan cacing. Pakcik aku kena jgk tp crita lain. #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound - Tah tak suka baby hair

Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a