Rancang IVF Lepas 8 Tahun, Menangis Hasil Checkup Doktor Minta Rahim Dibuang Skip to main content

Rancang IVF Lepas 8 Tahun, Menangis Hasil Checkup Doktor Minta Rahim Dibuang

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, setiap suami isteri pasti akan menerima soalan tentang anak. Walau bagaimanapun, pertanyaan sebegitu boleh dianggap cukup sensitif bagi sesetengah pasangan yang mungkin sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.

8 tahun berkahwin akhirnya nak buat IVF…Tapi sebelum tu kena test dulu layak atau tak 

Setelah hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita bernama Novyandi akhirnya buat keputusan untuk melakukan rawatan guna kaedah in vitro fertilisation atau IVF. Alangkah terkejutnya kerana pemeriksaan kesihatan yang dilakukan rupanya membuka satu kebenaran cukup menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri.

2 bulan lalu masa nak tengok hasil test…Masih bingung, berharap apa yang dilihat tu salah 

Bukan sahaja tidak dapat membuat IVF, malahan dikatakan Novyandi perlu menjalani proses hysterectomy iaitu pembuangan rahim. Terlalu terkejut dengan berita tersebut, wanita berkenaan membaca keputusan itu berkali-kali sehingga akhirnya menangis di samping suami. Jelasnya, dia sering mengalami senggugut teruk sejak zaman sekolah lagi.

Semoga terus bersemangat dan jangan putus cari ikhtiar…InsyaAllah semua mimpi tu jadi kenyataan 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang perlu dilalui oleh wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, ramai dilihat tidak putus-putus memanjatkan doa semoga Novyandi dan suami terus kuat menghadapi dugaan tersebut.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a