Tak Sampai Nak Bayar Kaunter Stesen Minyak, Gadis Tahan Malu Terpaksa Jengket Skip to main content

Tak Sampai Nak Bayar Kaunter Stesen Minyak, Gadis Tahan Malu Terpaksa Jengket

Sama ada lelaki mahupun wanita, individu yang mempunyai tubuh yang kecil molek sentiasa kelihatan ‘comel’. Mana tidaknya, mereka kadangkala disalah anggap seperti ‘pelajar sekolah’ oleh masyarakat sekeliling. Walaupun begitu, tak dinafikan antara permasalahan ketara dihadapi golongan ini adalah sukar untuk mencapai barang yang tinggi.

Niat nak isi minyak motor…sekali member rakam gelagat comel pula 

Baru-baru ini, gelagat seorang gadis di sebuah stesen minyak telah mencuri perhatian ramai di aplikasi TikTok. Sewaktu pergi ke kaunter bayaran, tanpa disangka-sangka gelagat spontannya dirakam oleh salah seorang rakan yang menunggu di bahagian pam minyak bersama motornya.

Gara-gara memiliki tinggi yang comel…terpaksa menjengket ketika bayar duit 

Gara-gara memiliki ketinggian yang agak ‘comel’, gadis tersebut dilihat seperti tidak sampai untuk menghulurkan wang bagi mengisi petrol kepada staf petugas di kaunter tersebut. Sambil memakai kasut flat pula, akhirnya dia terpaksa menjengket kedua-dua kakinya untuk buat pembayaran

@chaaa._01

sebenarnya orang pendek ni comel tau 🥰😅 tag member korang yg kecik molek ceni 🤣 harap tak lalu fyp dia 😝 #fypシ #masukberandagak #xyzbca #esekali

♬ оригинальный звук - 松野千冬

Salah kaunter tu apsal tinggi sangat…ni kena bagi duit ngam-ngam, kalau tak kena jengket 2 kali 

Video berdurasi cuma 9 saat tersebut ditonton lebih 2 juta kali dengan kebanyakan pengguna media sosial terhibur melihat ragam gadis tersebut, sama seperti rakan-rakannya. Selain berseloroh kedudukan kaunter yang kononnya ‘salah’, netizen yang memiliki ketinggian serupa turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing.




Sumber: viralnewsupdates

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a