Tampon Tertinggal Sebulan Dalam Rahim, Gadis Alami TTS-Kaki Terpaksa Dibuang Skip to main content

Tampon Tertinggal Sebulan Dalam Rahim, Gadis Alami TTS-Kaki Terpaksa Dibuang

Tampon sememangnya sesuai digunakan sekiranya seorang wanita itu sedang membuat aktiviti lasak. Mampu mengelakkan masalah kebocoran heavy flow, namun penggunaannya mungkin tidak begitu sinonim di kalangan wanita Malaysia. Sejak dari kecil pun kita sudah dikenalkan dengan jenis-jenis sanitary pad biasa malahan harganya juga jauh lebih murah.

Tampon tinggal dalam ‘Miss V‘ lebih 6-8 jam 

Pun begitu bagi wanita di negara Barat khususnya, penggunaan tampon kadangkala menyumbang masalah Toxic Shock Syndrome (TSS). Ini merupakan situasi di mana sistem imun dijangkiti kuman hingga mampu melumpuhkan sebahagian tubuh badan. Semuanya bermula apabila kapas yang dimasukkan ke dalam ‘Miss V‘ mereka tidak dikeluarkan lebih dari 6-8 jam sekali gus menjadi ‘sarang bakteria’.

Terlupa cabut tampon sebulan…Dah ‘merayap’ sampai rahim 

Seorang gadis ini juga menceritakan pengalaman sama dan ketika itu sedang mengikuti perkhemahan cheerleading. Terlupa menarik keluar tampon, gejalanya hanya disedari selepas sebulan apabila abdomen bawah terasa amat perit, badan ditumbuhi kemerahan serta merasa lesu. Pada awalnya disangka cuma kesan aktiviti lasak dan jangkitan kuman keputihan, rupanya disahkan itu adalah TSS.

Ibu tanya saya, dah check ke tampon tu? Saya check 3 kali. Ubat pun tak berkesan. Bintat merah tumbuh 1 badan. Satu hari, rasa semacam terus pergi bilik air. Sekali tarik, ada tampon dah membusuk. Sejak itu, saya lebih berwaspada sampai memasang reminder di telefon.

Kenapa budak umur 24 tahun yang sangat aktif dan sihat ni tiba-tiba melarat? 

Untuk pengetahuan anda, jangkitan yang menyerang ini mampu membuatkan seseorang kehilangan abdomen pinggang mereka (dan ke bawah). Model ini adalah salah seorang yang mengalami TSS sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Dengan status kesihatan yang sangat baik, ketika itu orang sekitarnya juga pelik mengapa keadaannya merosot tak ubah seperti di hujung tanduk.

Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a