Walaupun sudah 4 hari pemergian Siti Sarah, namun kehilangannya masih membuatkan ramai sebak apabila mengenangkan kebaikan sepanjang hidupnya. Meskipun ada yang tidak mengenali penyanyi tersebut, ketiadaannya tetap dirasai termasuklah kanak-kanak ini.
Nama kakak Sarah…Bawa kakak jalan-jalan sambil naik lembu
Ketika majlis tahlil semalam, Shuib berkongsi kisah yang diceritakan oleh seorang ibu apabila anaknya mimpi bertemu dan bersiar-siar bersama seekor lembu dengan seseorang dipercayai bernama Sarah di sebuah tempat cantik. Mendengar perkara tersebut, dia segera menunjukkan video Siti Sarah dan betapa terkejutnya apabila kanak-kanak lelaki berkenaan akui wajah yang dilihat persis penyanyi itu.
@kakniskuaci Subhanallah #sitisarahraisuddin #tenanglahdisana #mimpiterindah #sarahsyuib
♬ original sound - Kaknis Kuaci
Saya terkejut beliau nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu
Mengimbau kembali perkongsian saudara Nadir Al Nuri sebelum ini, dia mendedahkan Siti Sarah sanggup menyumbang belasan ribu ringgit untuk menderma seekor lembu buat umat Islam di sebuah wilayah bergolak. Lelaki berkenaan akui agak terkejut apabila wanita tersebut seolah-olah mengejar amal kebaikan buat kali yang terakhir.
Hebatnya bidadarimu Shuib…Berlumba-lumba nak tingkatkan keimanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba mengaitkan ibadah kurban oleh Siti Sarah sebelum ini dengan mimpi kanak-kanak tersebut. Bukan itu sahaja, ramai juga cemburu terhadap pemergian penyanyi berkenaan yang dianggap indah.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment