Baru-baru ini media dikejutkan dengan berita Amerika Syarikat telah mengumumkan menarik balik tentera mereka dari Afghanistan.
Umum mengetahui bahawa misi perang Amerika di Afghanistan sudah berlarutan selama lebih 20 tahun bermula dari tahun 2001 lagi.
Terbaru tular di media sosial beberapa video rakyat Afghanistan yang bepusu pusu ke lapangan terbang dan membahayakan diri mereka dengan cubaan berpaut pada kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat disaat kapal terbang itu sedang bergerak.
Situasi tersebut berlaku oleh kerana perasaan takut rakyat Afghanistan kepada puak pemberontak Taliban.
Kebanyakkan mereka cuba sedaya upaya untuk melarikan diri dari negara tersebut kerana terdesak selepas Taliban mengumumkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas Kabul tumbang di tangan mereka.
Jatuh Dari Langit.
Sehubungan dengan itu, dua orang dipercayai rakyat Afghanistan terjatuh daripada sebuah pesawat yang sedang terbang tinggi ketika cuba melarikan diri daripada pemerintahan Taliban.
Dalam satu video berdurasi 10 saat yang disiarkan oleh agensi media, Asvaka kelihatan dua tubuh melayang jatuh dari ketinggian beratus kaki ketika kapal terbang itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Kabul.
Terdapat puluhan ribu rakyat telah meninggalkan kediaman mereka dan bertindak melarikan diri setelah kawasan kediaman mereka ditakluki oleh Taliban termasuklah ibu kota Afghanistan.
Hal ini berlaku setelah Presiden Afghanistan iaitu Ashraf Ghani dikhabarkan meninggalkan negara tersebut oleh kerana tidak mahu berlakunya sebarang peperangan.
Not a scene of Hollywood, it’s Just #Kabul air port, people want to run away, after the Capture of Kabul by the #Talibans #Afghanistan
— Aśvaka - آسواکا News Agency (@AsvakaNews) August 16, 2021
By: @Mukhtarwafayee pic.twitter.com/ZLYieJm9mX
Namun, tindakannya itu telah mencetus kemarahan rakyat sehingga dirinya digelar pengecut kerana tidak mempertahankan negara malah pergi begitu sahaja.
Dikhabarkan segala usaha itu telah dilakukan secara rahsia pada bulan Mei lalu dan lebih 50 peratus tentera amerika telah dijadualkan pulang ke negara mereka pada bulan Jun.
Watch: A video shows the moment Afghan citizens dropped from an aircraft near #Kabul airport after clinging on to a US Air Force plane in an attempt to flee the country amid the #Taliban takeover. #Afghanistan https://t.co/2vc7iuFmgj pic.twitter.com/MdrNlasobn
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) August 16, 2021
Kini mereka teah membawa pulang 90 peratus julah tentera mereka manakala selebinya dijangka keluar dari Afghanistan pada akhir bulan Ogos ini.
Comments
Post a Comment