Petang tadi, Malaysia sikit lagi menambah kutipan pingat di temasya Olimpik 2020 apabila Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ke-4 final acara 3 meter papan anjal wanita. Terkenal dengan perwatakan cerianya, atlet berusia 22 tahun itu malah menangis bangga meraih keputusan tersebut susulan aksi yang memberangsangkan di Pusat Akuatik Tokyo
@astroarena We will always support you Dhabitah, terima kasih atas jasa anda! #demi negara #sokongmalaysia #ganbattemalaysia
♬ original sound - Astro Arena
Mata layan acara terjun…tapi tangan ‘kantoi’ sibuk mengait
Namun sepanjang acara final itu berlangsung, gelagat ‘rare‘ seorang atlet lelaki yang sedang duduk di kerusi penonton ini menjadi viral dan jadi tumpuan dunia. Jika diperhatikan betul-betul walaupun matanya menyaksikan persaingan sengit tersebut, namun tangannya boleh pula sibuk mengait.
@astroarena Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker 🏆🥇
♬ nhạc nền - Nhạc Này Chill Phết
Rupanya juara acara terjun dari Britain…siap buat kantung istimewa untuk pingat emas lagi
Tanpa disangka-sangka, dia rupanya adalah penerjun Great Britain iaitu Tom Daley. Beberapa hari lepas, dia bersama rakan sepasukan Matty Lee telah berjaya mencipta kejutan dengan mengenepikan dominasi pasukan China sekali gus muncul johan acara terjun platform 10m seirama lelaki. Malah sebelum ini juga, atlet berusia 27 tahun berkenaan siap mengait kantung istimewa untuk melindungi pingat emasnya daripada tercalar.
@cbsnews Olympic champion Tom Daley has knit an adorable pouch to keep his gold medal safe 🧶🥇 #news #tokyoolympics #olympics #knitting #tomdaley #knit
♬ original sound - cbsnews
Perati je dia ni tadi…pemenang pingat emas tapi suka mengait, comel habis
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur apabila jarang sekali melihat lelaki mengait apalagi di pentas terbesar seperti Olimpik. Selain memuji hobinya, mereka turut berseloroh mungkin Tom Daley ingin buatkan kantung buat rakan-rakan pasukan negaranya juga.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment