“Geramnya tengok baby comel, rasa nak kunyah je.” Tak semestinya golongan ‘mak-mak’, sesiapa saja yang teruja bila tengok gambar bayi dikatakan ada ‘baby fever’. Namun jangan risau kerana ia tak memudaratkan pun, cuma frasa yang merujuk kepada individu yang ‘obses’ dengan bayi-bayi comel sahaja.
Hidung mancung jadi viral seluruh dunia…rupanya baby perempuan
Baru-baru ini, seorang bayi comel bernama Aiesha Theia ini tanpa disangka-sangka telah menjadi perhatian seluruh dunia. Perkara itu tercetus apabila bapanya memuat naik gambar dan video comel si cilik tersebut ke Facebook semalam, dan tanpa disangka-sangka meraih hampir 100 ribu perkongsian setakat ini. Meskipun sekilas pandang nampak seperti lelaki, namun bayi yang dianugerahkan hidung mancung sejak lahir ini sebenarnya adalah bayi perempuan.
Warisi bentuk muka comel warisi ibunya
Hasil tinjauan mendapati bayi dipercayai baru berusia sekitar seminggu itu berasal dari bandar Valencia, wilayah Bukidnon, Filipina. Dia merupakan cahaya mata pertama kepada pasangan John Mark Calvario dan Jhoanna Roxanne. Malah ramai rakyat tempatan di sana beranggapan Aiesha Theia mewarisi kecantikan ibunya.
@pumpkin_88 ♬ love you like a love song - chillytunees
Baby lagi hidung dah mancung…comel betul dik, auntie cukup berkenan
Tidak terkecuali, rata-rata netizen dari Malaysia turut ‘terkenan’ dengan kecomelan hidung yang dimiliki bayi tersebut. Gara-gara itu, ramai yang tak jemu langsung melihat bayi tersebut selain beranggapan dia akan jadi gadis cantik apabila meningkat dewasa nanti.
Sumber; viralnewsupdates
Comments
Post a Comment