[VIDEO] Motor Rosak Call Member Tak Dilayan, Mujur Bini Gigih Datang Selamatkan Skip to main content

[VIDEO] Motor Rosak Call Member Tak Dilayan, Mujur Bini Gigih Datang Selamatkan

Walau serapat mana pun suami dengan kawan-kawan, ia pastinya tidak setanding hubungan dengan pasangan sendiri. Bukan mahu ketepikan peranan sahabat handai, namun wanita yang bergelar isterilah selalu ada saat jatuh dan bangun dalam kehidupan.

Terpaksa bersidai, motor rosak tepi jalan…call member pun tak berjawab 

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang pemuda yang pasrah ‘tersidai’ di sebuah perhentian bas susulan motosikalnya tiba-tiba rosak. Meskipun saudara Muhammad Afiq Azri ini sudah cuba menghubungi beberapa rakan, namun malangnya tiada seorang pun membalas apalagi hulurkan bantuan.

Nasib bini datang selamatkan…baru diijab kabulkan 2 hari lepas 

Akan tetapi, mujurlah Afiq Azri akhirnya diselamatkan jua oleh isterinya. Dalam rakaman tersebut, Intan Nabila malah siap tersenyum ketika menunggang sebuah lagi motosikal ke lokasi kejadian bagi membantu suaminya. Apa yang menarik lagi, pasangan suami isteri ini malah baru sahaja mengikat tali pernikahan pada 2 hari lalu.

@angahidola

moto jem call kawan2 tapi bluetick 😭😭nasib ad bini hihi 🥰#mypageforyou kekasih dunia akhirat#fypdongggggggg #viraltiktok

♬ original sound - farhanaasri - fana

@angahidola

Balas kepada @amir6324 , Alhamdulilah terima kasih dia kan kami ,baru je diijabkabulkan 2hari lepas 🥰#fypシ゚viral #fypdongggggggg #kamisempoi❤️❤️❤️✌️

♬ bunyi asal - Afiqazri Afiqkairy

Sebab tu kena selalu hargai isteri…dia saja yang akan tolong suami di saat susah 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan setakat memuji sikap mulia yang ditampilkan isteri pemuda tersebut. Malah mereka turut dedahkan betapa pentingnya keperluan para suami dalam menjaga pasangan masing-masing jika hendak dibandingkan dengan kawan yang belum tentu sanggup harungi susah dan senang bersama





Sumber: viralnewspudates

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a