Melepasi tahap umur 18 tahun, pastinya rata-rata kita yang selama ini hidup ditanggung ibu ayah perlu menerima realiti pahit dunia pekerjaan. Sama ada secara sepenuh masa atau part time, pengalaman kali pertama dalam kehidupan mencari rezeki bukanlah fasa mudah. Apalagi jenis introvert yang tidak suka bergaul dengan ramai orang, sudah tentu semuanya terasa asing.
Anxiety level meningkat
Mahu atau tidak, itulah perkara biasa yang terjadi pada kita semua dan haruslah perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ketika inilah 1001 perangai manusia dapat disaksikan sendiri dan kadangkala mengudang rasa resah dalam diri seperti yang dialami gadis ini pada hari pertama dia bekerja. Kelihatan dia berada di sebuah tempat lalu menangis kerana tekanan yang dihadapi.
Kena biasakan diri hadap drama & manusia talam 2 muka
Mungkin masih lagi kekok dengan kerja dan tampat baru, nampaknya dia dilanda keresahan apalagi mengenangkan selepas ini perlu berdepan dengan perangai talam dua muka ataupun drama-drama di kalangan rakan sekerjanya.
@nurisdut Anxiety went high📈📈 have to get used to all the drama and two-faced people😭😭 #fyp #fypdong #foryoupage
♬ swing lynn - c ༄
10 tahun kerja masih susah hati sebab staf toxic…Nasib hati keras
Meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik, nampaknya ramai netizen memahami dilelam dirasakan gadis muda ini. Bukan sahaja hari pertama, malahan ada yang masih payah menyesuaikan diri walaupun sudah berbulan-bulan kerja. Ini termasuklah yang meletakkan jawatan selepas 3 hari melapor diri.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment