Sebelum ini pernah kita dengar banyak kisah poligami yang cukup memberikan inspirasi kepada pasangan suami isteri lain. Malah sebuah perkahwinan di Kedah juga dahulunya pernah viral apabila isteri pertama sendiri yang telah datang melamar madunya.
Dulu isteri pertama tolong lakukan persiapan perkahwinan…Manis pakai sedondon biru
Bukan sahaja mengizinkan suaminya kahwin lain, Syiela Rashid turut membantu lakukan persiapan buat majlis perkahwinan suaminya Khubaib Ramli bersama gadis pilihannya iaitu Ain Soleh. Ketiga-tiga mereka kelihatan segak dan manis mengenakan pakaian sedondon berwarna biru lembut
Saya telah menjatuhkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap
Walau bagaimanapun, hari ini Khubaib menerusi satu posting di Instagram mengesahkan dirinya sudah pun sah berpisah dengan isteri keduanya. Jelasnya, proses tersebut telah pun dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap.
Saya mohon maaf & maafkan segala kelakuan, perbuatan saya hadapi selama tempoh poligami
Menerusi satu posting di Facebook pula, gadis berusia 22 tahun itu turut memaklumkan berita yang sama. Jelasnya ia bertujuan agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang fitnah atau spekulasi yang bukan-bukan, di sanping mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Dalam pada itu, Ain Soleh juga meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan sepanjang hidup berpoligami.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment