Wanita bernama Mazliana Maadam ini tidak pernah terbayang situasi terburuk menimpa keempat-empat ahli keluarganya apabila dijangkiti Covid-19. Tidak tahu punca dari mana datangnya virus tersebut, malah dia dan suami terpaksa dimasukkan ke ICU selain turut berdepan satu berita duka.
Kesihatan suami merosot & perlu bantuan oksigen…satu keluarga dibenarkan kongsi bilik ICU sama
8 Jun lalu, suaminya dibawa terlebih dahulu ke PKRC MAEPS. Namun 5 hari kemudian, keadaannya bertambah serius sekali gus dipindahkan pusat perubatan Sungai Buloh untuk diberi bantuan pernafasan oksigen. Pada masa itu, Mazliana serta 2 lagi anaknya juga disahkan positif dan dibawa ke MAEPS namun untuk semalaman saja. Mereka kemudian dibenarkan berkongsi bilik ICU dengan suaminya, bagi memudahkan pihak doktor memantau sekali kehamilannya yang berusia 6 bulan.
Terpaksa ditidurkan…sedar je nurse cakap, “Saya minta maaf nak cuci Czer puan”
Wanita berusia 33 tahun ini kemudian menghidap pneumonia yang menyebabkannya sukar bernafas. Pada 15 Jun, dia terpaksa ‘ditidurkan’ dalam rawatan intubasi. Namun malang tidak berbau, dia tersedar 5 hari kemudian dan mendapat tahu bahawa doktor terpaksa mengeluarkan bayinya melalui kaedah Caesarean. Selang beberapa hari, Mazliana semakin pulih sebelum dibenarkan discaj pada 28 Jun
Sepanjang di ICU…tiada siapa maklumkan anak syurgaku telah abadi di sana
Paling menyayat hati, rupa-rupanya berita pemergian bayi pramatang itu langsung tidak dimaklumkan oleh sesiapa sepanjang wanita ini berada di ICU. Meskipun ralat tidak sempat memegang atau menatap anak syurganya itu, namun Mazliana tetap hargai pengorbanan frontliners yang tidak putus-putus menjaga kesihatan mereka sekeluarga.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment