Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Ya Allah. Ramai Sayu Lihat Keadaan Terkini Ustaz Kazlm Bertongkat

Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias ialah seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Datuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana. Sedikit informasi, setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru

Akhirnya Wanita Hamil 19 Tahun Lepaskan Mengidam, Suami Dah Belikan Lamborghini

Makin besar kandungan, kadangkala golongan wanita hamil akan mengidam benda yang pelik-pelik. Daripada makanan yang susah didapati sehinggalah mahu menghidu sesuatu benda, bayangkan sekiranya mereka mahukan barangan mewah? Pening suami dibuatnya. Persis kisah di bawah ini di mana terdahulu, Puan Ayuni pernah tular selepas meminta dibelikan sebuah kereta Lamborghini. Baby Yuni mengidam…Bukan Yuni yang nak  Dalam video viral pertama sebelum ini, dia merayu semoga suaminya membelikan kereta berkenaan yang dirasakan berada dalam tahap kemampuan mereka. Bergelar usahawan di usia muda, harga kenderaan berkenaan tidaklah mahal iaitu sekitar RM3 juta sahaja. @ayunieso24 Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp ♬ [Animals and dishes] Cute BGM - Sound Owl Suami Yuni penipu…Taknak kawan dia  Meskipun sudah berjanji mahu belikan sekiranya rakaman berkenaan mendapat RM100 ribu tanda suka, namun lelaki berkenaan masih tidak

[VIDEO] Dipandang Pelik Atas Bawah, Gadis Tak Segan Masuk Mall Berbaju Kurung

Cantik, sopan dan manis dipakai, namun lama-kelamaan penggunaan baju kurung hanya terhad di tempat kerja sektor awam, menghadiri majlis kahwin atau mungkin menyambut hari raya sahaja. Selain daripada itu, amat sukar untuk kita lihat gadis zaman sekarang memakai busana tersebut. Ada pula yang malu kerana berpandangan baju tradisional adalah ketinggalan zaman Apa salah aku? Orang pandang atas bawah…Salah ke kampung girl shopping?  Pun begitu bagi gadis cantik ini, dia langsung tidak segan memakai baju kurung saat memasuki ke sebuah mall yang besar. Pada awalnya, dia pelik kerana ada mata-mata memerhati tanpa diketahui sebabnya. Tambahan lagi, ada rakannya sendiri membalas IG Story seolah-olah tidak mempercayai keberanian Nurul Anis mengenakan penampilan berkenaan. @nurulanisshafieraa Balas kepada @aerfhznl ❤️❤️ #fyp #foryoupage #fypviral #berandafyp #fypgakni #fypdongggggggg ♬ bunyi asal - Nurulanisshafieraa Takpelah yang penting selesa dengan style kita  Pun begitu secara

“Family Memang Takda Cleft”- Ibu Sebak Bayi Sumbing, Tapi Reda Ketentuan Ilahi

Setiap ibu bapa pastinya teruja dan inginkan yang terbaik untuk anak semenjak disahkan hamil lagi. Namun, tak dinafikan bahawa hati siapa yang tidak pilu apabila mendapat tahu bahawa zuriat yang bakal dilahirkan dalam keadaan diuji masalah kesihatan. Itulah ujian yang dilalui oleh penceramah motivasi, Andika Putera dan isterinya. Tak post gambar bukan malu & takut mulut orang…tapi tunggu Alisha besar sikit  Menerusi Instagram, Andika akhirnya foto cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 10 Ogos lalu. Bukan malu berkongsi wajah anaknya yang menghidap sumbing, sebaliknya menantikan usia Alisha Puteri cecah usia 44 hari terlebih dahulu. Ujarnya, keadaan itu sudah diketahui sewaktu umur kandungan berusia 5 bulan lagi. Paling terkesan adalah isterinya, yang bersedih selama seminggu apabila ia dimaklumkan oleh doktor. View this post on Instagram A post shared by BUSINESS | MENTOR | MOTIVATION (@andikaputeraa) Mula-mula tak terima sebab anak sulung, perempuan…dalam f

Duda & Janda Ditangkap Basah Liat Buka Pintu, Pegawai Agama Panjat Jengah Dalam

Bukan sekali dua kita mendengar tentang laporan berita tangkap basah di antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan halal. Lebih mengejutkan lagi apabila ada suami atau isteri orang juga bertindak ‘makan luar’. Kebiasaannya apabila dicekup oleh pihak berwajib, mereka akan memberi alasan yang tidak munasabah untuk membela diri termasuklah sedang ada masalah keluarga atau cuma tumpang tidur. Sekarang saya terpaksa menjeritlah…Beri kerjasama yang baik  @minstve_racoon #fyp #viraltiktok duda & janda ank 3 kena tangkap khalwat di cheras. @wancintafida ♬ bunyi asal - MinstveRacoon🦦 Persis kejadian yang katanya berlaku di Cheras ini, pihak jabatan agama (JAIS) berdepan situasi sukar apabila pasangan berstatus duda bersama janda anak 3 enggan membuka pintu setelah perbuatan mereka dihidu. Sudah berkomunikasi dengan damai namun tak berhasil, salah seorang pegawai terpaksa memanjat dinding koridor untuk menjengah ke bahagian dalam sebagai amaran tegas terakhir Kedua-duanya menga

14 Tahun Kekal Bongsu, Sekali Penangan PKP Dapat Adik Baru Siap Jadi Babysitter

Bila usia anak-anak sudah mencecah 20-an, ramai wanita mula menantikan kehadiran seorang cucu pula. Lazimnya, mereka ini tidak merancang untuk hamil lagi di umur sebegitu kerana risau akan risiko perlu dilalui. Namun jika sudah tertulis rezeki, tak mungkin boleh ditolak. Itulah kisah yang diceritakan seorang gadis ini. Penangan PKP, family sambut orang baru…Mak mengandung lagi lepas 14 tahun  Seperti ramai lagi pasangan lain, sebuah keluarga ini juga menerima kehadiran orang baru gara-gara penangan PKP. Menerusi perkongsian di TikTok, Piena yang merupakan anak sulung mendedahkan mereka baru sahaja mendapat adik beradik baru apabila si ibu mengandung lagi selepas 14 tahun. @pienoll Baby PkP #ZerolutionForEveryone #pkp ♬ Oh No - Kreepa Gelaran bongsu dah dapat kat orang baru…Lepas tu tolong ibu jadi ‘babysitter‘  Lebih melucukan lagi, kini adik lelakinya yang berada di Tingkatan 2 itu sudah tidak dapat membawa gelaran bongsu malah siap bantu jadi ‘babysitter‘. Ia berikutan kakak-

Nama terpalit kontroversi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidadari’ di Langkawi

Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini. Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gelembung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi misi bantuan. Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya. Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidadari’ itu sedang menikmati aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dala

Terpaksa Ganti Driver, Suami Teruk Muntah Terkena Alahan Isteri Mengandung

Menjadi suatu kebiasaan bagi para wanita menghadapi fasa alahan apabila mereka mengandung. Bukan setakat penat muntah, ini termasuklah perasaan mengidam inginkan sesuatu makanan, emosi terganggung selain tidak tahan dengan bau-bau tertentu. Walau bagaimanapun masalah ini tidak hanya ‘menyerang’ para ibu, malahan terkadang suami juga kena tempiasnya. Kesian my husband, bini mengandung dia yang muntah-muntah… Sikit lagi sampai rumah  Tular sebuah video di TikTok merakamkan seorang lelaki terpaksa menghentikan pemanduan kerana sudah tidak tahan melayan loya di tekak disebabkan terkena alahan isteri yang sedang mengandung. Melihat keadaan si suami seperti tidak berdaya, wanita hamil tersebut terpaksa mengambil alih tempat pemandu walaupun jarak untuk tiba di rumah sudah tidak jauh. Sabarlah wahai husband, bahagi-bahagilah rasa… Saya bawa baby, kamu rasa alahan  Meskipun merasa kasihan, si isteri turut terhibur dan sempat berseloroh menyatakan situasi ini adil bagi pasangan yang bakal berge

Kisah Wanita Yang Berjaya Simpan RM3,000 Sebulan Selepas Buat 4 Langkah Ini

Perkongsian daripada Tuan Faizul Ridzuan, seorang sifu hartanah ini sangat awesome untuk diamalkan kepada anda yang masih tidak dapat menyelesaikan hutang yang banyak. Tidak dinafikan ramai yang berdepan dengan masalah kewangan, lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Tuan Faizul Ridzuan telah berjumpa dan memberikan konsultansi atau khidmat nasihat kepada wanita yang mempunyai masalah komitmen pinjaman yang terlalu tinggi. Tuan Faizul Ridzuan strukturkan semula kewangan beliau, dan antara hasilnya adalah: Wanita ini mampu untuk simpan lebih RM3,000 setiap bulan. Padahal sebelum ini langsung tidak mempunyai kemampuan untuk menyimpan langsung. Apa lagi hasil yang lain? Komitmen bulanan beliau turun kepada RM2,050 daripada RM5,000 sebulan. Penurunan yang agak drastik iaitu sekitar 60%. Kurangkan kadar faedah pinjaman yang beliau ambil daripada 18% setahun kepada 4.5% setahun. Paling menyeronokkan, wanita itu kini mampu untuk membeli beberapa buah hartanah bagi tujuan pelaburan. Sebelum i

Mahu Jaga Maruah Diri, Iqbal Pasrah Kini Tidak Lagi Berkeras Jadikan DSV Isteri

Kemelut di antara Iqbal bersama anak-anak Dato Seri Vida berlarutan apabila semalam Cik B secara tiba-tiba meninggikan suara ekoran tindakan lelaki berkenaan tinggalkan komen sewaktu live Instagram. Hal ini menyebabkan Iqbal tampil untuk menjelaskan apa yang berlaku menerusi media sosialnya. Tidak akan berkeras lagi…Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan  Ekoran tercetus kekecohan semalam, Iqbal bertindak membuat permohonan maaf di IG Story berhubung tular isu dia mahu berkahwin. Tegasnya, selepas ini dia tidak akan berkeras menjadikan Dato Vida sebagai isteri. Difahamkan, Iqbal mahu menjaga maruah dirinya yang sudah bermatian memperjuangkan niat bernikah selain ingin hormati perasaan Cik B dan Kacak. Ini bukan marketing…Banyak wang Dato Seri Vida telah laburkan untuk saya  Pun begitu, Iqbal menjelaskan lagi bahawa itu bukan marketing walaupun kadangkala diselitkan promosi produk. Tak dinafikan sepanjang tempoh perkenalan, Dato Vida telah laburkan banyak duit kepada di

Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera, Rupanya Sakit Siap Pakai Oksigen

Bagi tenaga pengajar, sudah menjadi kebiasaan untuk menunjukkan wajah apabila mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian supaya anak didik lebih bermotivasi dan memahami ilmu dengan gaya lincah yang disampaikan. Namun, tindakan seorang pensyarah Universiti Gadjah Mada ini mengundang persoalan dalam kalangan para pelajar kerana tidak pernah membuka kamera komputer riba ketika mengajar sejak awal semester. Bagaimanapun, semua ‘terbongkar’ saat pensyarah tersebut Edi Prasetyo Nugroho tidak sengaja terbuka kamera. Rupa-rupanya beliau sakit dengan memakai tiub oksigen namun tidak pernah berkongsi mengenai keadaannya kepada semua. @eccediary Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy ♬ You Are Enough - Sleeping At Last Kisah itu dikongsi oleh salah seorang pelajar, @eccediary di platform TikTok yang terharu dengan kesungguhan dan pengorbanan pensyarahnya dalam memikul tanggungjawab walaupun tahap kesihatan tidak me

Dulu Pernah Pilih ‘Jalan Salah’, Tak Sangka Akhirnya Dijodohkan Suami Terbaik

Meskipun hidupnya dipenuhi banyak pengalaman pahit, namun wanita bernama Shehnaz Khan ini bersyukur kerana akhirnya dapat bernikah dengan lelaki yang tepat. Malah kisah hidupnya boleh menjadi inspirasi kepada golongan Hawa di luar sana yang belum menemui cinta sejati. Dulu pilih jalan bahagia yang salah…tapi makin lama saya sedar, nak diri dihormati & disayangi  Terdahulu, Shehnaz Khan akui pernah memilih ‘jalan bahagia’ yang dirinya sendiri tahu akibatnya salah. Namun apakan daya, masa itu sanggup buat apa sahaja demi lelaki walaupun tanpa minta sebarang balasan. Walaupun jalan hidupnya berbeza, tetapi lama-kelamaan dia akui mahu dihormati dan disayangi seperti wanita lain. Kenal 5-6 bulan, dia Kristian dulu…tapi lelaki pertama selepas ayah yang angkat maruah saya  Justeru sepanjang hidupnya, Shehnaz Khan fobia untuk kahwin dan melabel semua lelaki sama sahaja. Tanpa disangka-sangka, Kevin hadir dalam hidupnya dan tak pernah bosan mendengar semua masalah yang dihadapi sebelum ini.