Makin besar kandungan, kadangkala golongan wanita hamil akan mengidam benda yang pelik-pelik. Daripada makanan yang susah didapati sehinggalah mahu menghidu sesuatu benda, bayangkan sekiranya mereka mahukan barangan mewah? Pening suami dibuatnya. Persis kisah di bawah ini di mana terdahulu, Puan Ayuni pernah tular selepas meminta dibelikan sebuah kereta Lamborghini.
Baby Yuni mengidam…Bukan Yuni yang nak
Dalam video viral pertama sebelum ini, dia merayu semoga suaminya membelikan kereta berkenaan yang dirasakan berada dalam tahap kemampuan mereka. Bergelar usahawan di usia muda, harga kenderaan berkenaan tidaklah mahal iaitu sekitar RM3 juta sahaja.
@ayunieso24 Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp
♬ [Animals and dishes] Cute BGM - Sound Owl
Suami Yuni penipu…Taknak kawan dia
Meskipun sudah berjanji mahu belikan sekiranya rakaman berkenaan mendapat RM100 ribu tanda suka, namun lelaki berkenaan masih tidak menunaikan kata-katanya. Ini membuatkan Puan Ayuni menangis selain berseloroh menggelar suaminya ‘penipu’ kerana mungkir janji.
@ayunieso24 suami yuni penipu 😭😭 taknak kawan diaaa !!!
♬ Beta Janji Beta Jaga - KangMarlo ??
Rupanya dah lama beli cuma baru sampai…Baby Yuni dapat…Tak jadi merajuk
Rezeki ibu mengandung, terbaru nampaknya dia dapat melepaskan rasa mengidam yang lama ditahan kerana rupanya kereta itu sudah lama dibeli. Sambil memeluk dan meloncat keriangan, dia meluru keluar dan cuba duduk di dalam kereta mewah berwarna kuning ini. Paling comel apabila Puan Ayuni mengusap perutnya sambil bergurau akhirnya bayinya sudah dapat apa yang dimahukan.
@ayunieso24 eeee suami yuni ni Sampai hati ! Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga 🤲🏻
♬ original sound - ayunieso
Comments
Post a Comment