Bukan sekali dua kita mendengar tentang laporan berita tangkap basah di antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan halal. Lebih mengejutkan lagi apabila ada suami atau isteri orang juga bertindak ‘makan luar’. Kebiasaannya apabila dicekup oleh pihak berwajib, mereka akan memberi alasan yang tidak munasabah untuk membela diri termasuklah sedang ada masalah keluarga atau cuma tumpang tidur.
Sekarang saya terpaksa menjeritlah…Beri kerjasama yang baik
@minstve_racoon #fyp #viraltiktok duda & janda ank 3 kena tangkap khalwat di cheras. @wancintafida
♬ bunyi asal - MinstveRacoon🦦
Persis kejadian yang katanya berlaku di Cheras ini, pihak jabatan agama (JAIS) berdepan situasi sukar apabila pasangan berstatus duda bersama janda anak 3 enggan membuka pintu setelah perbuatan mereka dihidu. Sudah berkomunikasi dengan damai namun tak berhasil, salah seorang pegawai terpaksa memanjat dinding koridor untuk menjengah ke bahagian dalam sebagai amaran tegas terakhir
Kedua-duanya mengaku tiada sebarang hubungan suami isteri
Akhirnya, seorang wanita telah membuka pintu dengan wajah cuak dan hanya mampu pasrah dengan segala soalan yang ditanyakan. Kedua-duanya mengaku tiada hubungan suami isteri lantas tenang membiarkan pihak jabatan agama masuk ke rumah tersebut
Masib belum ada laporan lanjut mengenai kejadian tangkap basah
Hingga kini, laporan lanjut mengenai lokasi sebenar ataupun waktu kejadian masih belum dapat dipastikan lagi. Pun begitu, kedua-dua rakaman telah ditonton oleh ratusan ribu netizen sejak dimuat naik beberapa jam lalu.
Comments
Post a Comment