Meskipun hidupnya dipenuhi banyak pengalaman pahit, namun wanita bernama Shehnaz Khan ini bersyukur kerana akhirnya dapat bernikah dengan lelaki yang tepat. Malah kisah hidupnya boleh menjadi inspirasi kepada golongan Hawa di luar sana yang belum menemui cinta sejati.
Dulu pilih jalan bahagia yang salah…tapi makin lama saya sedar, nak diri dihormati & disayangi
Terdahulu, Shehnaz Khan akui pernah memilih ‘jalan bahagia’ yang dirinya sendiri tahu akibatnya salah. Namun apakan daya, masa itu sanggup buat apa sahaja demi lelaki walaupun tanpa minta sebarang balasan. Walaupun jalan hidupnya berbeza, tetapi lama-kelamaan dia akui mahu dihormati dan disayangi seperti wanita lain.
Kenal 5-6 bulan, dia Kristian dulu…tapi lelaki pertama selepas ayah yang angkat maruah saya
Justeru sepanjang hidupnya, Shehnaz Khan fobia untuk kahwin dan melabel semua lelaki sama sahaja. Tanpa disangka-sangka, Kevin hadir dalam hidupnya dan tak pernah bosan mendengar semua masalah yang dihadapi sebelum ini. Meskipun berlainan agama dan tempoh perkenalan mereka tidak sampai setengah tahun, tetapi dialah lelaki yang mengangkat maruah Shehnaz selepas bapanya.
Lelaki tak semua sama…cuma kita je tak jumpa lagi yang tepat
Walaupun tidak kaya mahupun karier yang bagus, namun Kevin mempunyai ciri-ciri sebagai suami dan ayah yang baik. Justeru Shehnaz Khan akui kebahagiaan bukanlah pada cinta semata-mata, tetapi daripada ketenangan hati, reda Allah serta ibu bapa.
Comments
Post a Comment