Terdahulu atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo 2020 selepas mempamerkan aksi cukup bertenaga. Malah rekod dunia juga berjaya dipecahkan menerusi lontaran ketiganya, menerusi jarak luar biasa iaitu 17.94 meter.
Becoming a habit. Ziyad once again breaking the world record twice grabbing the gold medal with a whopping 17.94m throw. Hadiah hari Merdeka untuk Malaysia!#DemiMalaysia#KamiLuarBiasa#MAS pic.twitter.com/RwjDuyuymS
— Kylian Mubappé (@mumuedstar) August 31, 2021
Pingat emas kedua Malaysia direntap hanya kerana lewat masuk call room?
Walau bagaimanapun, keterujaan Ziyad serta seluruh peminat sukan tanah air untuk ‘hadiah’ bermakna sempena Hari Kebangsaan ke-64 seolah-olah berkecai apabila penyertaannya dibatalkan atas faktor teknikal. Sejurus tamat acara, pasukan Ukraine membuat bantahan kononnya mendakwa terdapat beberapa atlet lambat masuk ke ‘call room‘ sebelum pertandingan dimulakan
Pasukan Malaysia sedang buat rayuan terhadap isu tersebut
Susulan protes dibuat, Ziyad malangnya disahkan sebagai salah seorang daripada 3 atlet yang terlewat masuk ke call room sebelum pertandingan bermula. Bukan setakat penyertaannya dibatalkan serta-merta, malah pingat emas turut berpindah milik kepada atlet Ukraine iaitu Maksym Koval. Namun, kontinjen Malaysia ketika ini sedang membuat rayuan dan perbincangan bersama pihak penganjur.
The Men's Shot Put - F20 results are in 🥁#Gold - M. Koval (WR. 17.34) #UKR#Silver - O. Yarovyi #UKR#Bronze - E. Nikolaidis #GRE#ParaAthletics #Tokyo2020 #Paralympics
— Paralympic Games (@Paralympics) August 31, 2021
TAHNIAH! Pingat Emas Untuk Malaysia!!!! Dari Ziyad Zolkefli dalam Acara Lontar Peluru sekaligus memecha rekod dunia!, Hadiah paling manis untuk Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-64. Terima Kasih Ziyad#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/fvjyQlhLdn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
Saya risau emosi dia ketika ini…saya tahu dia macam mana
Dalam pada itu, Zafirah Mohd Nasir menerusi temu bual secara langsung dalam saluran Astro Arena berharap rakyat Malaysia doakan agar suaminya baik-baik sahaja. Paling dirisaukan olehnya adalah emosi Ziyad ketika berhadapan situasi tak terjangka seperti ini, meskipun telah berjuang sehabis baik.
"Ziyad minta maaf setiap hari di Tokyo" Zafira Nasir. Kita harap emosi Ziyad tidak akan terganggu emosi selepas berjuang demi Malaysia di Hari Kemerdekaan Malaysia. Kita doa yang terbaik untuk Ziyad #sokongMalaysia pic.twitter.com/vH3tN1AvX8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment