Kemelut di antara Iqbal bersama anak-anak Dato Seri Vida berlarutan apabila semalam Cik B secara tiba-tiba meninggikan suara ekoran tindakan lelaki berkenaan tinggalkan komen sewaktu live Instagram. Hal ini menyebabkan Iqbal tampil untuk menjelaskan apa yang berlaku menerusi media sosialnya.
Tidak akan berkeras lagi…Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan
Ekoran tercetus kekecohan semalam, Iqbal bertindak membuat permohonan maaf di IG Story berhubung tular isu dia mahu berkahwin. Tegasnya, selepas ini dia tidak akan berkeras menjadikan Dato Vida sebagai isteri. Difahamkan, Iqbal mahu menjaga maruah dirinya yang sudah bermatian memperjuangkan niat bernikah selain ingin hormati perasaan Cik B dan Kacak.
Ini bukan marketing…Banyak wang Dato Seri Vida telah laburkan untuk saya
Pun begitu, Iqbal menjelaskan lagi bahawa itu bukan marketing walaupun kadangkala diselitkan promosi produk. Tak dinafikan sepanjang tempoh perkenalan, Dato Vida telah laburkan banyak duit kepada dia. Bahkan, Iqbal tidak pernah sekali pun mencuri wang DSV malah menggantikannya dengan menolong meningkatkan jualan.
Reda jika tidak berjodohan…Bukan terlalu awal untuk mengalah
Susulan itu, Iqbal reda jika mereka tidak berjodohan dan dia tetap mencintai Dato Vida seperti selalu. Malah ini bukan petanda untuk dia mengalah walaupun banyak pengorbanan yang dilakukan untuk meneruskan hubungan tersebut. Tambahan lagi, dia sempat meluahkan kerisauan jika cinta DSV tidak seteguh seperti yang diharapkan.
Comments
Post a Comment