Nama terpalit kontroversi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidadari’ di Langkawi Skip to main content

Nama terpalit kontroversi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidadari’ di Langkawi

Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gelembung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi misi bantuan.

Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya.

Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidadari’ itu sedang menikmati aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut.

Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dalam hidupnya selain menasihati agar menghargai orang sekeliling kerana Allah SWT.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.

Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.

“Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya.

Terdahulu, nama beliau terpalit kontroversi apabila pendakwah bebas dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan perbualan mesej lucah daripada mangsa yang didakwa ada kaitan dengan seorang pendakwah terkenal.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari