2 hari lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu nahas melibatkan 5 buah kereta dihentam oleh sebuah lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh. Dipercayai pemandu kenderaan berat terbabit sedang positif bahan terlarang. Mujur sahaja ada bukti yang sempat dirakam oleh satu dashcam kenderaan yang berada berhampiran lokasi berkenaan.
Kereta Myvi kuning alami kerosakan paling teruk dalam nahas…Pemandu dapat diselamatkan
Dalam insiden tersebut, sebuah kereta jenis Myvi berwarna yang dihentam impak dari belakang mengalami kerosakan yang sangat teruk dan ibarat total lost. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan berjaya diselamatkan orang awam dengan baik.
Dah discharge tapi mulut berjahit…Muka bengkak kena airbag
Menerusi beberapa rakaman percakapan telefon, pemandu Myvi yang dikenali sebagai Nik Adlee sempat menceritakan pengalamannya sewaktu kejadian. Jelasnya, meskipun tidak mengalami kecederaan teruk, namun badannya masih terasa tidak selesa termasuklah mulut yang perlu dijahit. Bahagian mukanya juga turut bengkak selepas terkena airbag.
@firdaushshm Reply to @zad.trump Alhamdulillah Abang Nik sudah discharge. #fyp #fypシ
♬ original sound - firdaushshm
Betul Tuhan selamatkan saya la…Kerusi dekat driver je yang tak kena
Dalam pada itu, Nik merasa begitu bersyukur kerana Tuhan telah menyelamatkannya dalam nahas berkenaan. Hanya kerusi di bahagian pemandu yang tidak musnah, manakala bahagian lain dalam kereta tersebut cuma tinggal rangka. Ketika kejadian, driver tersebut terpaksa meminta orang awam untuk membantu menariknya keluar dari kenderaan itu.
@firdaushshm Reply to @faraf4uzi Terima kasih kepada semua yang tolong Abang Nik keluar dari kereta. #fyp #fypシ
♬ original sound - firdaushshm
@firdaushshm Reply to @wanfazrel Ramai nak tahu siapa driver lori tu tapi Abang Nik pun tak perasan siapa. #fyp #fypシ
♬ original sound - firdaushshm
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment