Niat seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang pergi berenang di sebuah persisiran pantai bersama ibu dan ayahnya akhirnya bertukar menjadi detik menakutkan. Siapa sangka aktiviti santai ini telah mengorbankan si kecil berkenaan yang dipercayai menjadi sasaran 2 ekor buaya.
Sempat kejar buaya panjang 3 & 4 meter menaiki speed boat
Menerusi portal News Detik, si ayah yang sudah selesai menyelam mula pelik apabila anaknya seakan menghilang daripada pandangan. Malang sekali, tiada kelibat badan yang timbul meskipun pada awalnya dia telah menggunakan kenderaan air jenis speed boat milik penduduk setempat untuk mengejar haiwan liar yang difahamkan berkepanjangan 3 dan 4 meter.
Alami kecederaan teruk lalu hembuskan nafas terakhir
Sangat menyayat hati, akhirnya kanak-kanak berkenaan ditemui bersebelahan dengan salah seekor buaya. Pak ciknya terus terjun untuk membawa naik lalu bergegas ke pusat rawatan berhampiran ekoran kecederaan teruk yang dialami pada bahagian paha serta punggung. Namun semuanya terlambat kerana anak kecil berkenaan tidak dapat diselamatkan.
Ibu terkulai meraung-raung kenangkan nasib anak
Dalam pada itu, detik pilu berkenaan juga sempat tular di media sosial TikTok. Kedengaran wanita berbaju putih yang difahamkan ibu budak berkenaan meraung-raung kesedihan mengenangkan peristiwa tragis itu.
@putraborneo91 anak 8 tahun di tarik buaya lokasi pantai teluk lombok.##sangatta ##kutaitimur_kaltim
♬ suara asli - putra borneo
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment