Jika dibandingkan dengan golongan bertubuh besar, individu yang mempunyai kurang berat badan selalu tersisih apabila dietitian mengulas tentang topik pengambilan makanan. Mereka juga tidak lari daripada perasaan insecurity apabila diperli rakan-rakan, malah ada yang sejak dari bangku persekolahan lagi. Antaranya ayat yang biasa diucapkan adalah seperti “dah makan macam gajah pun badan kering lagi” atau “kau bela saka eh?”.
Biasanya tubuh ada kadar metabolisme tinggi
Menurut kajian, antara faktor yang menyumbang kepada keadaan underweight ini biasanya mempunyai kadar metabolisma badan tinggi. Ataupun secara mudahnya, makan sikit pun tapi kalori dah banyak terbakar. Maka selain cepat keletihan, kebiasaannya nilai berat badan golongan ini jarang mengalami kenaikan seperti gadis bernama Irdina ini.
Dulu 38kg, sekarang 39kg…sebagai golongan underweight, ni adalah pencapaian yang bermakna
Gara-gara tergolong dalam kelompok manusia underweight, ternyata cukup susah baginya untuk menaikkan berat badan. Justeru menerusi perkongsian di TikTok, dia akui naik cuma satu kilogram sahaja pun sudah dianggap pencapaian yang amat bermakna.
@irdinaa.h as an underweight person, it is an achievement 🥲 #fypシ #weightgain
♬ nhạc nền - 15schill
Penat tau dah makan banyak pun tak naik…nilai berat pusing-pusing takat tu je
Selain meraih lebih 250 ribu jumlah tontonan setakat ini, ramai pihak juga akui boleh relate situasi yang dihadapi Irdina. Walaupun dah penat makan, tetapi nilai berat mereka tetap maintain sama sahaja. Dalam pada itu, ada sesetengah netizen turut berkongsi tips menaikkan berat badan yang efektif.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment