Sudah menjadi adat dalam perkahwinan, suami dan isteri atau salah seorang daripadanya perlu keluar bekerja demi menyara keluarga. Sekiranya ketua keluarga sahaja bertungkus-lumus mencari sumber pendapatan, maka moment yang ditunggu-tunggu semestinya sewaktu dia pulang dan disambut di oleh permaisuri hatinya.
Kata balik jam 7 malam, jam 9 malam baru sampai
Sebuah video telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun TikTok yang merakamkan saat gembira si makmum menyambut imamnya pulang dari kerja juga sempat tular. Dapat disaksikan, si isteri tetap setia menunggu suaminya pulang walaupun sudah 2 jam berlalu daripada waktu yang diberitahu oleh lelaki tersebut untuk tiba di rumah.
Maaf ya saya balik lambat…Kamu wangi sangat
Dalam keadaan masih bersedia untuk menyambut buah hati tiba di rumah, akhirnya bunyi motorsikal kedengaran sudah semakin hampir. Alangkah gembiranya lelaki tersebut apabila kepulangannya itu disambut oleh isteri kesayangan dengan dakapan manja dan berbau wangi, ditambah pula dengan senyuman yang amat manis.
@auliasuryawan8 Ya begini lah😔🥺 Jangan liat sampe akhir ya🤫😂
♬ It's Only Me - Studio Version - Kaleb J
Definisi lelaki penat balik akhirnya pulang lihat senyuman isteri
Menerusi video itu juga, dapat disaksikan bahawa ramai netizen lain telah memberikan pelbagai komen bahawa mereka mula mencemburui pasangan bahagia suami isteri itu. Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka ingin berkahwin walaupun hakikatnya, pasangan hidup masih belum ditemui.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment