Lambat 2 hingga 3 hari pun dah tak boleh tahan sabar, bayangkan kalau perlu menanti barang yang dipesan secara online bertahun-tahun lamanya? Agaknya mungkin sudah lupakan terus tentang pesanan tersebut. Namun bayangkan tiba-tiba sahaja ia akhirnya sampai ke pemilik sebenar?
Terkejut bila sampai satu parcel usia 2 tahun…Dalam ada satu korset dihadiahkan kakak
Pelik tapi benar, dan itulah yang terjadi kepada seorang wanita ini sehingga kisahnya tular di laman TikTok. Menurut Irma, dia nyata terkejut apabila menerima satu parcel yang sepatutnya sampai kira-kira 2 tahun lalu. Jelas wanita tersebut, isi dalam pesanan berkenaan adalah sehelai korset yang dibeli oleh si kakak selepas baru sahaja melahirkan.
@yyyxxxsyg bukti kalo udah rezeki kita ga bakal kemana, pdhl udh diikhlasin, tenang kang kurirnya udah minta maaf ko #jntflyingbox #foryoupage #funnyvideos
♬ Langit - punyamu
Pekerja courier gagal hubungi Irma nak hantar pesanan…Lama-lama asyik tangguh dan terus lupa
Rupa-rupanya, petugas courier telah pun gagal menghubungi Irma untuk menghantar pesanan berkenaan. Ketika ingin menangguhkan penghantaran keesokannya harinya, pekerja itu akhirnya terus terlupa dan terjumpa semula parcel berkenaan sewaktu ingin membersihkan rumah.
@yyyxxxsyg Balas @yyyxxxsyg jadi gitu gaes, terakhir bonusð #klarifikasi
♬ suara asli - irmahrmað
Courier salah masuk pintu gerbang ni…Malah ke dunia lain, susah nak cari pintu balik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur dengan perkongsian berkenaan. Selain terkejut dengan jangka masa begitu lama sebelum ditemukan, ramai juga memuji sikap jujur pekerja berkenaan.
Comments
Post a Comment