Sekitar minggu lepas, seorang lelaki dari Jakarta, Indonesia menjadi tular gara-gara ‘bernikah’ dengan sebuah periuk nasi. Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, pengantin lelaki bernama Khoirul Anam tersebut malah siap mengucup ‘isterinya’ tersebut.
Putih, pendiam, tak banyak bercakap & pandai masak…isteri yang sangat diidamkan
Paling mencuit hati, dia dilihat mengenakan pakaian nikah serba putih manakala periuk nasi tersebut dipakaikan veil warna sedondon sempena majlis ‘pernikahan’ mereka. Khoirul Anam turut menyatakan antara sebab memilihnya sebagai ‘isteri idaman’ adalah putih, pendiam dan pandai memasak. Selain foto kenangan nikah bersama, dia turut kelihatan duduk sambil menandatangani sehelai kertas kononnya borang nikah mereka.
Lepas 4 hari bergelar ‘suami isteri’…lelaki nekad ambil keputusan berpisah dengan periuk nasi tercinta
Namun begitu, ‘rumah tangga’ mereka hanya bertahan selama 4 hari sahaja apabila lelaki tersebut nekad berpisah dengan ‘isterinya’. Perkara itu disahkan oleh Khoirul Anam sendiri melalui satu hantaran di Facebook, dengan alasan ia hanya boleh memasak nasi sahaja namun bukan makanan lain. Walaupun keputusan itu berat, tetapi dia reda kerana tak wujud pasangan yang sempurna.
Kesian jadi janda periuk nasi tu…elok dah tak membebel, apa lagi tak cukup?
Biarpun hanya sekadar jenaka, kisah ‘rumah tangga’ Khoirul nyata buatkan ramai netizen di Indonesia serta Malaysia terhibur. Walaupun ‘jodoh’ tak panjang, mereka turut berseloroh agar jejaka terbabit kahwin dengan perkakas dapur yang ada multipurpose pula
Comments
Post a Comment